Penunggang Motosikal Nyaris Dilanggar Kereta Gara2 Jalan Berlubang

Isu jalan raya berlubang di negara ini bukanlah satu masalah yang baru. Malah, walaupun orang ramai sudah banyak kali menyuarakan isu yang sama, pihak bertanggungjawab masih acuh tak acuh dalam membendung perkara ini.

Yang lebih merisaukan hati ramai, masalah jalan berlubang bukan sahaja menyusahkan kenderaan untuk menggunakan jalan tersebut, namun juga akan merisikokan nyawa seseorang.

Baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik oleh Utusan TV di TikTok di mana seorang penunggang motosikal terbabas ke sisi jalan gara-gara gagal mengelak lubang yang ada di Sky Awani 2 Residence, Sentul, tengah hari semalam.

Menerusi video yang dikongsi, lelaki berkenaan dikatakan hilang kawalan selepas terlanggar jalan yang berlubang dan nyaris dilanggar kereta dari arah bertentangan.

Perakam video dipercayai merakam untuk menunjukkan lubang pada jalan tersebut sangat berbahaya buat pengguna. Tiba-tiba penunggang motosikal di hadapan mereka melambung akibat berjalan di atas turapan tar yang tidak rata.

Mangsa terbabas ke kanan jalan sehingga nyaris dilanggar sebuah Perodua Bezza. Pun begitu, mangsa jatuh di atas kawasan berumput yang membahagikan dua jalan.

Menurut salah seorang saksi yang melalui kawasan kemalangan itu, dia nampak beberapa penunggang motosikal lain membantu mangsa dan mukanya berdarah sambil menunggu ambulans di tepi jalan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa geram ke atas pihak bertanggungjawab yang tidak menurap lubang-lubang yang ada di atas jalan walaupun keadaan sudah bertambah teruk.

Dalam pada itu, orang ramai berharap agar mangsa yang menaiki motosikal berkenaan cepat sembuh dan baik-baik sahaja.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Nie boleh saman kalau roadtax hidup”

“Dpn rmh saya ni , mmg bahaya . Saya pun nyaris”


“semoga brother tu cepat sembuh”

 

Video yang tular di laman TikTok