Akibat Terlalu Marahkan Pengadil, Gigi Palsu Member ‘Melayang’ Ke Longkang

Kehangatan Piala FA yang menyaksikan Terengganu FC (TFC) melawan Johor Darul Takzim (JDTFC) di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada malam tadi masih kian terasa.

Walaupun kemenangan berpihak kepada JDT menyebabkan kekecewaan terhadap penyokong skuad penyu, kemeriahan sokongan yang diberikan oleh penyokong harus dipuji.

Seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok, seorang lelaki dilihat merakam saat-saat di mana gigi palsu rakannya tercampak ke longkang setelah memarahi pengadil.

Menurut pemilik video, @mizalurima11, rakannya itu tidak berpuas hati dengan pengadil atas keputusan yang diberikan. Oleh itu, dia terlalu emosi sehingga berakhir dengan dekah ramai. Penonton-penonton lain yang berada di tempat duduk berhampiran mereka turut tertawa melihat situasi tersebut.

Dikatakan, ketika sedang ‘galak-galaknya’, gigi palsunya tersembur  sebelum terkena pagar besi dan melantun jatuh ke dalam longkang di hadapan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya berdekah melihat kejadian yang tak disangka-sangka itu. Malah netizen turut sempat berseloroh mengatakan mesti lelaki tersebut malu selepas gigi palsunya terjatuh ke longkang.

Selain itu, netizen yakin, momen-momen yang terjadi pada malam tadi mesti menjadi kenangan yang akan diingati oleh mereka sekawan sampai ke akhir hayat.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Muka orang blakang”

“nape x pakai poliden”


“kawan maki ref sampai tersembur la ni 😂 😂 hahahahah”

Video yang tular di laman TikTok

@mizalurima11 Pengadil la ni punca,tercabut gigi palsu kwn saya ke longkang 😂😂😂#terengganufc #tiktok #fyp #bukitjalil ♬ original sound – ROLL