[VIDEO] “Dah la 3 bulan tak bayar sewa,” Penyewa ‘Kurung’ Owner Dalam Rumah Guna Kunci Baru

Menjadi pemilik rumah sewa pada zaman sekarang bukanlah satu perkara yang mudah kerana terlalu banyak ragam penyewa yang terpaksa dihadapi.

Walaupun ramai penyewa yang baik, namun masih ada segelintir yang suka buat hal.

Perkara seperti inilah yang terjadi kepada seorang pemilik rumah sewa apabila dia telah dikunci oleh penyewa di rumahnya sendiri gara-gara penyewa tersebut tidak mampu membayar sewa.

Kisah itu dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok, Kamil Hakimi. Berdasarkan penjelasan dari video yang viral itu, wanita berkenaan mengaku bahawa dia adalah pemilik rumah sewa berkenaan.

Menurut wanita ini lagi, dia telah tinggal di rumah tersebut dan dalam masa yang sama dia juga telah menyewakan bilik dirumahnya itu kepada individu lain.

Tetapi penyewa yang tidak bertanggungjawab itu dikatakan sudah tidak membayar sewa bilik selama tiga bulan.

Difahamkan, barangan milik individu itu juga masih ada di rumah tersebut dan pada waktu pagi ketika wanita ini pergi bekerja, individu terbabit telah kembli semula ke rumah tersebut untuk mengambil barangannya.

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui langsung tidak mengesyaki apa-apa kerana selepas pulang dari kerja dia mendapati pintu pagar rumah itu masih menggunakan ibu kunci yang lama.

Tetapi pada keesokan harinya, dia terkejut melihat ibu kunci sudah ditukarkan kepada yang baharu sehingga membuatkan dia tidak boleh keluar rumah.

Susulan daripada itu, wanita ini telah menghubungi pihak bomba untuk membantu membuka pintu yang ‘terkunci’ itu.

Wanita ini mengesyaki bahawa penyewa tersebut telah menukarkan ibu kunci pada waktu malam ketika dia sedang nyenyak tidur.

@kimiechannelOwner rumah dikunci oleh penyewa disebabkan tak dapat bayar sewa. Bahaya sekarang ni gaiss.! ##abangbomba ##bombamalaysia ##youtubermalaysia ###fyp ##fypシ

♬ orijinal ses – ponciklendin

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan apa yang terjadi kepada wanita tersebut.