‘Penyangak Untung Atas Angin’ Isu Minyak Masak Berlambak Di Thailand Udang Kecaman Rakyat

Melangkah sahaja ke bulan Julai, kenaikan harga minyak dirasai oleh setiap rakyat apatah lagi buat mereka yang berniaga bahkan minyak paket pada masa kini sukar untuk didapatkan.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video yang mendakwa bahawa minyak masak bersubsidi dari Malaysia dikesan dijual secara meluas di negara jiran Thailand.

Video tersebut bagaimanapun jelas mengundang kecaman netizen yang menyifatkan yang mendakwa bahawa minyak masak bersubsidi dari Malaysia dikesan dijual secara meluas di negara jiran Thailand.

Video tersebut juga mendapat perhatian dari laman Facebook Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang mendakwa terdapat lambakan minyak bersubsidi sudah terjual di Thailand.

“Seronoknya penyangak kumpul hasil tanah milik rakyat Malaysia. Penyangak untung atas angin.”

“Di Golok minyak masak kita dijual dgn harga (50Bath) RM7.00/paket berbanding dgn minyak keluaran negara Siam pada harga RM10.30 (77Bath),” kata hantaran terbabit.

“Bayangkan jika setiap bulan dapat lepas 1juta pack masuk Siam. Berapa pihak2 kartel ni kaut keuntungan dari duit subsidi rakyat Malaysia.”

Bagi mengukuhkan lagi kenyataan tersebut, seorang wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamrudin telah berkunjung ke Sungai Golok, Thailand yang bersempadan dengan negeri Kelantan untuk melihat sendiri situasi di sana.


Memetik laporan Premium Sinar Harian, bukan sahaja minyak masak peket bersubsidi seberat satu kilogram (kg), malah minyak masak botol seberat lima dan 10kg turut dijual dan boleh didapati dengan begitu mudah.

Lebih melampau adalah minyak tersebut dijual tanpa had pembelian malah pembeli bebas untuk membeli berapa banyak yang mereka mahukan.

Taktik licik para peniaga di Sungai Golok juga dapat dikesan apabila mereka hanya meletakkan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit di hadapan kedai.

Namun siapa sangka sebenarnya stok yang disimpan didalam kedai masih banyak dan hanya dikeluarkan jika ada yang bertanya.