Buat Durian Goreng Untuk Sarapan Pagi, Netizen ‘Terkedu’ Lihat Aksi Woody Harrelson

Durian sememangnya memiliki peminatnya sendiri. Kalau kita boleh tengok sekarang ramai yang pakat serbu kedai durian dek kerana musim nya telah pun kembali.

Dapat kita lihat, durian boleh dimakan dengan pelbagai bentuk, ada yang dijadikan tempoyak, ada yang makan bersama cendol, dijadikan kek durian, durian crepe bahkan ada yang gunakan durian untuk membuat ais krim!

Pun begitu lain pula yang dilakukan oleh seorang pelakon vateran yang dikenali sebagai Woody Harrelson ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Netflix Malaysia di laman Instagram, Harrelson dilihat menyediakan durian goreng untuk sarapan pagi. Babak tersebut memaparkan Harrelson sedang memotong durian, lalu mengambil beberapa ulas, dicelupnya dengan tepung dan akhirnya digoreng.


Dikatakan ianya bukanlah satu-satunya babak yang memaparkan durian malah terdapat juga beberapa babak lain.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terkejut dan bagaikan hilang kata melihat Harrelson membuat durian goreng untuk sarapan pagi.

Sedikit Info tentang filem ini, The Man from Toronto ialah sebuah filem komedi aksi yang dibintangi oleh Kevin dan Harrelson. Filem ini mengisahkan tentang seorang pengajar sukan yang dianggap sebagai pembunuh upahan paling maut selepas memasuki bilik kabin yang salah.

Filem ini diarahkan oleh Patrick Hughes, pengarah yang juga mengarahkan The Expendables 3 (2014), The Hitman’s Bodyguard (2017), dan Hitman’s Wife Bodyguard (2021). Sementara itu, lakon layar ditulis oleh Robbie Fox dan Chris Bremner.

Antara komen warga maya:

“movie dia biasa je but the durian scene..”


“its okay yang pentig cara bukak dia mantop”

“ada scene durian dalam cerita ni”

Perkongsian yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Malaysia (@netflixmy)