Penumpang Mengadu Telinga Bingit, Ibu Mohon Maaf Kembar Meragam Dalam Pesawat

Membawa anak yang masih kecik pergi bercuti bukanlah satu perkara yang mudah lagi-lagi jika perlu menaiki pengangkutan awam seperti bas, kereta api dah kapal terbang.

Seorang pun dah ‘pening kepala’ apatah lagi yang mempunyai anak kembar. Tentunya ‘buntu’ bila anak meragam.

Sama juga dengan kisah yang tukar baru-baru ini dimana sebuah pasangan berkongsi pengalaman pertama mereka membawa anak kembar menaiki pesawat mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @adrazra, pada awalnya perjalanan pulang mereka ke Johor Bahru dari Pulau Pinang berjalan lancar, bahkan pasangan kembar Adra dan Azra sempat tertidur dalam flight.

Pun begitu, mereka dikatakan meraung apabila disuruh memakai seat belt atas faktor keselamatan. Malah ada penumpang lain yang mengadu tidak selesa dengan situasi pada ketika itu.

Susulan perkara tersebut, ibu kepada dua cahaya mata ini yang dikenali sebagai Nur Azyann bersama suaminya menzahirkan permohonan maaf kepada semua penumpang Air Asia AK6423 melalui sebuah video di TikTok.

Dia juga akui sudah berusaha sehabis baik untuk menenangkan anak kembarnya namun mereka berdua tetap menangis sehingga pesawat mendarat.

“Buat penumpang pesawat Air Asia AK6423, saya bagi pihak keluarga #adrazra ingin menyusun 10 jari memohon maaf atas kebisingan anak2 saya dalam flight petang semalam”

“Maaf kalau sakit telinga sebab anak2 saya menangis menjerit petang semalam.. sepanjang dari naik flight sampai tertidur diorang okay.. sampailah waktu nak mendarat FA datang ke seat kami untuk pakaikan anak seatbelt”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen faham dengan situasi tersebut apatah lagi bagi mereka yang juga mempunyai anak.

Bukan itu sahaja, netizen juga memuji sikap pasangan suami isteri ini yang sedaya upaya menenangkan anaknya dan membuat permohonan maaf kepada orang ramai.

Antara komen warga maya:

“tak apa kak, saya tak dengar oun, masa naik flight saya memang takcukup tidur dari rumah”

“baby menangis kerana pressure udara flight tinggi”


“semoga penumpang memahami”


Video yang tular di laman TikTok:

@adrazra Dari naik flight sampai dia tido memang semooth je semua. Lepas dia bgn tu mmy memang tak pegang fon sebab muka dah petak anak menangis menjerit 🤧🥺😔 #fyp #fypage #adrazra #fypシ #twinsister #dcdatwins ♬ Love story – 볼빨간사춘기

@adrazra Tolong panjang2kan video permohonan maaf kami 🙏🏻🥺🤧😔 ini juga adalah first time kami bawa kembar naik flight.. #fyp #fypage #fypage #adrazra #airasia #sorry ♬ Sorry – Jurrivh