[VIDEO] “Sebaiknya simpan..” Nabil Kongsi Video TikTok Ayda Jebat Tapi Netizen Tegur Sebab

Komunikasi yang baik adalah antara salah satu elemen utama dalam memastikan rumah tangga kekal bahagia.

Tambahan pula dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pastinya ramai pasangan suami isteri menghabiskan masa bersama di rumah dan ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

Kemesraan suami isteri perlu ada batasnya 

Walaubagaimanapun sebagai pasangan suami isteri kadang-kala kemesraan yang dikongsi bersama di media sosial perlu ada batasnya.

Tidak salah jika kemesraan itu hanya untuk simpanan dan tontonan suami isteri namun jika ingin dikongsikan bersama orang ramai pastinya ia sesuatu yang sesuai untuk tontonan semua.

Aksi extra sweet Ayda Jebat dan Nabil Mahir

Begitulah juga dengan satu video yang dipersolakan oleh segelintir netizen mengenai aksi Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang kelihatan extra sweet menjadi tontonan umum.

Menerusi Instagram Nabil ada memuat naik satu video TikTok di akaun miliknya yang menunjukkan mereka berdua sedang bergurau senda menggunakan lagu di dalam aplikasi tersebut.

Video tersebut dibanjiri dengan pelbagai respon netizen

Dalam video berkenaan Ayda berlakon kononnya mahu membuka butang bajunya di hadapan kamera tetapi dengan pantas Nabil telah menutup kepala isterinya itu dengan menggunakan sapu tangan.

Menjengah ke ruangan komen, video tersebut dibanjiri dengan pelbagai respon dan pendapat netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)

Kurang manis untuk tontonan umum

Ada segelintir netizen mempersoalkan tindakan Nabil memuat naik video tersebut kerana ia dianggap sebagai kurang manis untuk dikongsikan kepada pengikutnya.

Malah, bagi mereka video yang dikongsikan itu agak keterlaluan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Ayda.

Namun begitu, ada juga netizen yang berpendapat mungkin pasangan kegemaran ramai ini hanya bergurau sahaja.