Peniaga Mangga Jalanan Sedih Jualan Tak Laku, Tak Sangka Ini Komen Netizen!

Menjadi seorang peniaga bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi bila merupakan peniaga makanan yang sememangnya mempunyai tarikh luput jika jualan tidak laku.
Iospital phone repair gombak
Bukan itu sahaja, peniaga juga perlu bekerja keras untuk memastikan jualan ‘balik modal’ agar boleh mencatat keuntungan.

Boleh dikatakan, pelbagai risiko yang perlu diambil kira, itu belum sentuh mengenai melaburkan modal dalam marketing, cuaca ketika berniaga dan sebagainya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga jeruk mangga sedih jualan tidak laku mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik, lelaki ini sempat mengatakan jika boleh diundurkan masa, dia mahu belajar pandai-pandai agar tidak bekerja seperti itu.

Dapat kita lihat, lelaki ini meniaga menggunakan konsep menjaja di atas jalan raya ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat dan di tempat-tempat tertentu dan dikatakan tiada satu pun terjual walaupun sudah 3 jam berjalan.


“Sedih dengan pekerjaanku. Kalau boleh nak undur semula masa. Nak belajar pandai-pandai. Berjalan 3 jam tiada sesiapa beli pauh (mangga). Kaki nak patah dah,” kata Azaharuddin

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen yang memberi sokongan kepada lelaki ini agar terus kuat untuk mencari sumber rezeki halal.

“Kadang-kadang belajar pandai-pandai pun tak kemana. Yang penting usaha. Sebenarnya saya salute abang-abang yang jual macam ni. Korang kuat tau. Jangan down,” -Netizen.

Namun, apa yang tidak disangka-sangka adalah ramai dikalangan wargamaya menawarkan pekerjaan kepada lelaki ini agar sedikit sebanyak dapat mengubah nasib hidupnya.

Antara komen warga maya:

“Siapa yang berusaha dan rajin pasti akan berjaya.. tiada jaminan ada sijil/pendidikan..”

Tawaran kerja tak disangka-sangka:

“Disember saya nak buka carwasg.. meh awak kerja dengan saya je.. gaji saya bagi 1800” kata Aliya

“Mai keje dengan mama tempat tinggal  mama bagi.. makan minum semua ada” ujar seorang lagi warga maya



Video yang tular di laman TikTok:

@abetwins93 #sedihperjalananhidupku😭 #teringinnakjadibudaksemula😩 ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio