Buat Kelas Tambahan Tapi Tiada Yang Hadir, Luahan Guru Ini Raih Simpati Netizen

Menjadi seorang pendidik bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Bak kata pepatah, guru ini umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.
Iospital phone repair gombak
Bahkan, mereka antara yang paling gembira melihat kejayaan dan keputusan cemerlang pelajar malah sanggup mengadakan kelas tambahan bagi memastikan pelajar mendapat ilmu yang secukupnya.

Pun begitu, ramai pelajar pada masa kini yang seolah-olah mengabaikan usaha guru dalam melihat anak muridnya berjaya apatah lagi karenah budak zaman sekarang yang semakin mencabar.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang juga merupakan seorang guru meluahkan rasa kecewanya apabila tiada sorang pun daripada anak muridnya hadir ke kelas tambahan yang diadakan di sekolah mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @duri_anggrek, wanita ini memaklumkan para murid telah dimaklumkan lebih awal tentang kelas tambahan yang akan diadakan pada petang tersebut.

Mengikut perancangan, kelas tambahan Bahasa Inggeris itu akan diadakan di sekolah pada jam 4 petang namun tiada sesiapa yang hadir selepas lama dia menunggu.

Pada awalnya guru ini berada dalam sebuah mensyuarat namun meminta kebenaran pengetua untuk keluar lebih awal kerana kelas tambahan tersebut.

Namun setelah lama menunggu, hanya seorang sahaja yang datang dan pelajar tersebut juga dikatakan telah di ‘scam’ oleh rakannya yang lain yang memintanya untuk datang ke kelas tambahan terlebih dahulu dan mereka akan menyusul.

Tidak lama kemudian, pelajar itu meminta izin pada gurunya untuk menghubungi rakannya yang lain namun siapa sangka pelajar itu tiba-tiba tidak munculkan diri selepas daripada itu.

Apa yang lebih menyedihkan adalah,cikgu tersebut turut memuat naik gambar kelas yang kosong itu di dalam WhatsApp Group kelas namun tidak mendapat sebarang reaksi dari para pelajarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersimpati melihat nasib guru ini malah menyifatkan sikap murid zaman sekarang sememangnya sangat mencabar.

Bukan itu sahaja, netizen juga mengatakan mereka seolah-olah tidak menghormati pemberi ilmu dan perkara tersebut akan menghilangkan berkat dalam menimba ilmu.

Antara komen warga maya:
“Biarlah kita tak pandai janji hormat guru.”

“Hilang adab terhadap pemberi ilmu…”

“Aku malas juga nak datang kelas tambahan tapi bila aku tengok cikgu tu ada effort aku pun mesti ada effort juga…”

“Tergamaknya students buat macam tu kat teacher.”

Video yang tular:

@duri_anggrek

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

@duri_anggrek Replying to @u dk me ♬ original sound – 🥀