Terlantar & Tak Mampu Urus Diri, Kesihatan Roslan Saleh Semakin Merosot

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon veteran lelaki tanah air Roslan Saleh yang sinonim dengan watak jahatnya? Antara filem-filem popularnya adalah Munafik 2, KL Special Force, Gerak Khas The Movie 2 dan lain-lain lagi.

Umum mengetahui, aktor ini telah menghidap penyakit kencing manis, tekanan darah rendah serta batuk kering lalu menyebabkan beliau terpaksa berhenti berlakon. Bukan itu sahaja, Roslan atau lebih mesra dipanggil Pak Lan ini pernah menjual pisang goreng dan daging dendeng bagi menyara keluarganya.

Iospital phone repair gombak
Terbaharu, keadaan kesihatan Roslan Saleh dimaklumkan telah berada dalam keadaan kurang baik akibat penyakit berkenaan sejak beberapa tahun lagi.

Memetik laporan mStar, isterinya mendedahkan selepas dimasukkan ke hospital pada bulan Mei lalu kesihatan Roslan Saleh mula merosot.

“Ada seorang kenalan menawarkan untuk buat rawatan sendi ketika datang ziarah ke rumah. Bagaimanapun tiba-tiba kaki Pak Lan jadi melecur dan terpaksa di bawa ke hospital. Selepas beberapa minggu menerima rawatan, dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana ketika itu tekanan darah rendah…”

“Sejak itu mulalah macam-macam penyakit datang…sekarang ini suami sudah berada di rumah. Namun keadaan kesihatannya tidaklah begitu baik,” katanya.

Walau bagaimanapun, pelakon ini difahamkan hanya mampu terlatar di atas katil dan tidak dapat menguruskan diri sendiri malah memerlukan isteri dan anaknya untuk membantu.

Tambahnya lagi, Roslan Saleh dikatakan penglihatannya semakin kabur serta terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan. Selain itu, Pak Lan juga terpaksa datang ke klinik berhampiran untuk mencuci luka setiap hari.

“Suami saya memang dah tak boleh nak berjalan dan hanya terlantar di atas katil…makan pun saya yang suapkan. Ada juga seorang anak kami yang membantu untuk menguruskan Pak Lan setiap hari..”

“Akibat kesan melecur sebelum ini, Pak Lan terpaksa datang ke klinik untuk mencuci luka setiap hari..” ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, isterinya Zainon mengatakan dia amat berbesar hati jika ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan keperluan untuk suaminya seperti lampin pakai buang dan susu.