Pengguna Twitter Rayu Bantuan MAS Bawa Ainul Ke UK, Ini Jawapan Dari Pihak MAS

Jika anda mengikuti perkembangan adik Ainul, pasti anda tahu Dr Amalina dan team beliau sedang menunggu ketibaan Ainul di UK untuk rawatan.

Rentetan daripada itu, ramai netizen telah membuat kutipan sumbangan untuk menampung perbelanjaan Ainul ke sana.

Terbaru, netizen telah memohon pihak Malaysia Airlines (MAS) untuk menerbangkan Ainul Mardiah Ahmad Safiuddin dan keluarga ke United Kingdom.

Ini kerana Ainul perlu untuk bertemu pakar perubatan di sana dan mendapatkan rawatan segera sebelum penyakitnya semakin teruk.

Seorang pengguna Twitter @shfiqzahari telah tweet agar pihak MAS dapat memberikan kerjasama dan menerbangkan keluarga itu ke UK.

Dear @MAS, they need help. There’s nothing more that we ask except for you guys to help the family to get to UK. Guys please make @MAS notice this.


Tidak berdiam diri, MAS mengucapkan terima kasih kepada warga Twitter tersebut dan akan menghubungi keluarga serta Dr Amalina di UK untuk maklumat selanjutnya.

“We are aware of baby Ainul’s condition and the Malaysia Airlines family will continue keeping her, and her family in our thoughts and prayers.

“We will also be reaching out to Dr. Amalina and her medical team for more information in the coming days,”


Respon positif dari syarikat MAS itu nampaknya memberi harapan baru buat keluarga Ainul untuk mendapatkan rawatan di UK.

Sebelum ini, bapanya Ainul ada memberitahu di mana pakar perubatan di United Kingdom (UK) telah pun memberi maklum balas bagi mlaksanakan rawatan terhadap Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.

Ainul Mardhiah sebelum ini menjadi tular kerana menghidap ketumnbuhan di bahagian mulutnya yang membuatkan ramai simpati terhadapnya.

Dr. Amalina juga ada berkongsi di Instagram miliknya supaya warga Malaysia dapat membantu memberikan sumbangan buat keluarga Ainul.

Semoga dengan respon dari pihak MAS ini Ainul Mardhiah dapat segera pergi ke Uk untuk mendapatkan rawatan dengan selamat.