Bas Skuad Barcelona Tinggalkan Messi di Anfield

Hari ini merupakan hari paling malang buat Messi apabila pasukannya Barcelona tersingkir selepas Liverpool mempamer kebangkitan hebat 4-0.

Liverpool menyingkirkan Barcelona dengan agregat 4-3.

Juara La Liga itu tiba di Anfield bersama keyakinan tinggi apabila menang selesa 3-0 di Camp Nou, minggu lepas.

Selepas tamat masa permainan, Messi diminta untuk menjalani ujian doping dan menurut stesen TV El Chiringuito, proses tersebut mengambil masa yang lama hingga menyebabkan Messi ditinggalkan.

Bas pasukan Barcelona tidak mahu menunggu Lionel Messi, sebaliknya berlepas meninggalkan Anfield sejurus selepas tewas kepada Liverpool dalam Liga Juara-Juara

Mereka memutuskan untuk berlepas ke lapangan terbang ketika Messi masih berada di Anfield.

Apabila selesai menjalani ujian doping, Messi akhirnya dibawa menaiki kenderaan lain untuk menyertai rakan-rakannya di lapangan terbang.

Messi enggan mengeluarkan sebarang komen tentang kekalahan pasukannya walaupun melangkah lebih lambat ke zon media berbanding rakan-rakannya.

Kebangkitan hebat Liverpool dilengkapkan dengan dua jaringan Georginio Wijnaldum dan dua gol Divock Origi.

Liverpool akan menuju Madrid untuk berentap sama ada dengan pasukan Ajax atau Tottenham dalam aksi final nanti pada 2 Jun 2019.