Pengantin ‘Meraung’ Ditinggal Keluarga Walaupun Jarak Rumah Hanya 15 Minit!

Seperti yang semua tahu, apabila seseorang sudah mendirikan rumah tangga bersama pasangan, nak tak nak mestilah kena berpisah dengan ibu bapa.

Namun, meninggalkan ibu bapa selepas memasuki alam perkahwinan bukanlah suatu yang mudah seperti yang disangka. Terutama sekali bagi pengantin perempuan. Mana tidaknya, sudah lama hidup bersama ibu bapa tiba-tiba terpaksa berjauhan.

Persis seperti satu video yang tular baru-baru ini di mana seorang pengantin perempuan dilihat ‘meraung’ sebaik sahaja selesai majlis bertandang di rumah keluarga suaminya.

Menerusi video yang dikongsikan sendiri oleh pengantin bernama Nur Sukma, dia dilihat begitu sedih apabila terpaksa berjauhan dengan keluarganya.

Yang lebih membuatkan ramai mentertawakan pengantin berumur 19 tahun ini adalah ahli keluarganya seperti suka melihat riak muka Sukma yang tidak membenarkan ibunya balik ke rumah. Malah keluarganya turut ketawa melihat Sukma!

Walau bagaimanapun, difahamkan jarak rumah Sukma dan ibu mentuanya hanya mengambil masa 15 minit dan tidak perlu bersusah payah untuk merentas negeri lain.

Malah, ibunya juga sempat berseloroh mengatakan makeup pada wajah Sukma akan ‘habis’ jika dia terus ‘memberontak’ dengan cara sebegitu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat gelagat Sukma yang menangis ditinggalkan ahli keluarganya. Dalam pada itu, ada juga yang berkongsikan kisah yang sama di mana mereka juga pernah mengalirkan air mata ketika awal-awal berkahwin dulu.

Selain itu, Nur Sukma yang juga stokis produk kosmetik selamat disatukan dengan pilihan hatinya, Hakimie Ahmad pada 5 September lalu.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“nk kawen sgt kan😂”

“Aku pulak takut mcm ni nti😁”

“kito pn jerit jgk pdhal sejam jh umh tok laki, dy mari nge xkaba sobat brair mato😁”


“tk kata kat awak je … sy pun mcm ni jugak hritu 😂 padahal rmh laki dekat je😂”

Video yang tular di laman TikTok

@_nrsukmaaaaaa Membalas kepada @Humaira Healthy 😭😭 padahal umah laki aku 15 minit je 🤣 #pengantingokil🤣 #pengantinngakak #lucu_ngakak ♬ Selamat Pengantin Baru – Wann