Connect with us

Viral

Upah Bomoh Siam Gara-Gara Cemburu Ipar Jaga Ayah, Risau Menantu Dapat Tanah

Dunia tanpa sempadan kini membenarkan kita berkongsikan hampir segalanya di platform media sosial termasuklah gambar dan video bahagia kita.

Walau bagaimanapun, tak semua perkara boleh kita kongsi di media sosial. Seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini, ramai yang telah disihir melalui platform sosial akibat cemburu dan dengki.

Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan tradisional, Paksu Wan Terapi telah memuat naik satu video yang memaparkan sifat iri hati muncul di kalangan adik beradik sendiri!

Melihat kepada video yang dikongsi, seorang wanita dalam keadaan dirasuk mengaku telah menyihir keluarga adik beradiknya dengan menggunakan khidmat bomoh Siam.

Lebih mengejutkan, dia turut menyatakan telah membayar RM800 kepada bomoh tersebut agar ‘hajatnya’ dipenuhi.

“Aku dengki dengan depa (mereka). Kami buat macam-macam, bagi makan minum supaya mereka tak ingat nak balik rumah sana… biar mereka duduk di Kepala Batas (Pulau Pinang) tu.

“Anak dia yang duduk di Sabah tu pun sakit. Anak dia sakit teruk sebab aku buat berterusan,” katanya.

Wanita itu juga marah apabila adik lelakinya sering membawa isteri yang telah disihir cuba ikhtiar mendapatkan rawatan di merata tempat. Tambahnya, selain melakukan sihir sejak empat bulan lalu, dia turut menanam ‘barang’ sebagai alat sihir.

“Mereka ada rumah banyak, aku tak boleh tengok isteri dia hidup senang… lebih daripada aku.

“Aku yang hasut semuanya. Adik, kakak dan ayah dia sehingga dihalau… kami memang nak buat bagi depa (mereka) bercerai.

“Sebelum ni cucuk kat patung sekarang kami guna gambar. Kemudian kami ambil kain batik dan t-shirt dia rendam dalam air, sebab itu dia terketar-ketar,” katanya yang ingin pasangan itu mati dan mengaku setiap perbuatan keji tersebut dilakukannya sendiri.

Malah, dia turut menyatakan bayaran kepada bomoh tersebut diperoleh daripada hasil perkongsian antara dirinya, kakak, anak dan tiga orang adik dan sihir tersebut untuk mendapatkan tanah milik ayahnya yang kini sedang dijaga oleh pasangan suami isteri tersebut.

“Isteri dia jaga ayah kami dengan baik, memang bagus. Bawa pergi jalan-jalan dan makan makanan mewah,” katanya.

Video itu tular sehingga dikongsikan di pelbagai platform media sosial termasuk Facebook Perak Press.

Video yang tular di laman Facebook

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)