Boarding Pass Dicetak Besar Oleh Member Sendiri, Mat Salleh Dan Rakan-Rakan Ikut Ketawa

Tak dapat dinafikan, pergi bercuti meluangkan masa bersama kawan-kawan yang ‘sekepala’ lebih menyeronokkan. Mesti ada saja momen-momen lucu yang terjadi tanpa disangka-sangka.

Bak kata orang, selagi masih muda dan masih mampu, pergilah mencipta kenangan dengan rakan-rakan supaya nanti boleh diabadikan sebagai memori terindah. Kita pun tak tahu bila lagi boleh berjumpa dengan mereka pada masa akan datang.

Seperti yang tular di TikTok baru-baru ini, seorang lelaki mengundang dekah ramai apabila diminta menunjukkan tiket boading pass oleh seorang pegawai imigresen wanita.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @adlyameer, dia dan rakan-rakannya yang lain dilihat seperti sudah merancang untuk mengenakan rakan mereka dengan mencetak tiket penerbangan dalam saiz yang besar dengan sengaja!

Terkejut dan tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku, rakan yang dikenakan dilihat turut ketawa bersama-sama pegawai yang memeriksa tiket tersebut!

Malah, rakannya itu turut menundingkan jarinya kepada rakan-rakannya yang lain seolah-olah mengadu kepada pegawai berkenaan bahawa perkara tersebut telah dirancang oleh mereka semua.

Bukan itu sahaja, yang lebih menarik perhatian netizen adalah apabila mat salleh yang berada di belakang lelaki itu turut berdekah melihat saiz tiket yang luar biasa besarnya berbanding dengan penumpang lain!

Sejak video berdurasi 45 saat ini dimuat naik semalam, ianya berjaya tular dengan mengaut sebanyak 2 juta tontonan serta mendapat 283.1 ribu tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, netizen berdekah melihat tiket boarding pass yang dikeluarkan lelaki tersebut. Mereka turut tertarik melihat orang putih yang berdiri di belakang lelaki tersebut turut ketawa bersama bersama rakan-rakannya yang lain.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“dia bagi peta dunia tu”

“mat salleh blakang, “good job” 😂 semua gelak woiii”


“Orang putih tu pon gelak😅”

“akak tu was stunned to speaked 😂😂😂”

“Nasib tak buat besar poster 😂😂”

Video yang tular di laman TikTok

@adlyameer Member kena dajjal print A3 boarding pass. 🤣 #foryoupage #langkawi ♬ original sound – Adly Ameer