Pengantin Lelaki Terlantar Sakit Waktu Akad Nikah, Pasangan Tetap Tabah Di Sisi Suami Buat Ramai Terharu

Setiap pasangan pasti mengidamkan kehidupan yang bahagia setelah mendirikan kehidupan berumahtangga bersama-sama.

Iospital phone repair gombak

Sekuat mana pun cabaran dan ujian mendatang dalam proses menghalalkan sesuatu hubungan itu, pasti akan ada hikmahnya yang tersendiri bagi setiap pasangan tersebut.

Sama seperti kisah sebuah pasangan ini yang tular di media sosial apabila pengantin lelaki sedang baring terlantar di atas katil sewaktu majlis akad nikah sedang dilangsungkan telah membuatkan orang ramai tersentuh.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @afeefzakaria itu, dapat dilihat pengantin lelaki itu sanggup hadir ke acara terpenting dalam hidupnya itu walaupun dirinya masih dalam keadaan cedera yang terbaring di atas katil.

Dalam pada itu, kelihatan pengantin perempuan pula sangat tabah dan tampak sungguh bahagia bersama bakal suaminya yang terlantar itu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram pengantin perempuan @ciklala pula, dia dengan rasminya telah sah menjadi isteri kepada pasangannya dengan hanya sekali lafaz.

Difahamkan, pasangan manis ini sepatutnya bernikah pada bulan depan akan tetapi majlis itu diawalkan atas pelbagai faktor termasuklah keadaan diri pengantin lelaki yang cedera di bahagian pinggul akibat nahas.

Melihat ke ruangan komen, orang ramai rata-ratanya mendoakan agar pengantin lelaki itu diberikan kesembuhan dan menitipkan doa semoga berbahagia dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

Bukan itu sahaja, ada juga yang memuji sifat cekal pengantin perempuan yang tabah menerima keadaan bakal suaminya itu.

Antara komen netizen:

“Walau apa pun terjadi Allah tetap permudahkan urusan. Tahniah both of you & speed recovery masbro !”

“kuat btl haty pmpuan ni walaupan laki dia excident . smoga dipermudahkan segala urusan”


“Wish you speedy recovery bro and happy marriage life both of you. #TillJannah🌹♥️. God bless you guys”

“hanya perempuan yang betul2 cintakan lelaki itu saja yang mampu terima macam mana keadaan lelaki tu. tahniah 🎉”

Video yang tular:

@afeefzakaria

Witnessed a true love today

♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan