“Jarang-jarang berlaku” Pelakon ‘Projek High Council’ Diserbu Peminat, Disambut Meriah Sampai Penuh KLCC!

Siapa sahaja yang tidak tahu cerita bersiri Projek High Council yang ditayangkan di Astro baru-baru ini bukan?

Iospital phone repair gombak

Dengan plot cerita yang menarik dan boleh ‘relate’ dengan ramai orang, mesej yang ingin disampaikan, serta barisan pelakon berbakat yang mencurahkan seluruh jiwa dan raga mereka di dalam drama bersiri ini.

Difahamkan, baru-baru ini telah diadakan ‘Meet & Greet’ bersama dengan barisan pelakon Projek High Council yang bertempat di Suria KLCC pada 25 Februari yang lalu.

Apa yang mengejutkan orang ramai adalah apabila sambutan peminat yang begitu luar biasa kerana jarang sekali kita lihat pelakon tempatan kita diserbu oleh sebegitu ramai peminat dalam satu masa.

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh pengguna Twitter @_NazriH itu, kelihatan barisan pelakon itu sedang berjalan meninggalkan kawasan tersebut dan sedang menuju ke ‘escalator’ setelah usainya acara Meet & Greet.

Dapat dilihat orang ramai bersorak kuat mengelilingi mereka dan disambut mesra oleh barisan pelakon Projek High council itu.

“Lama betul tak nampak artis lokal dapat sambutan macamni kan? Memang betul2 mcm Artis Korea guys! 🤣” tulisnya di ruangan kapsyen.

Min pun minatlah tengok Projek High Council ni, korang pun ‘support’lah hasil seni anak tempatan kita okay!

Meninjau di ruangan komen, ramai warga maya yang menyatakan bahawa mereka layak menerima sokongan yang begitu kuat daripada para peminat dengan lakonan mereka yang mantap dan tak ‘cringe’.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menyokong pernytaan bahawa janganlah kita mengecam tindakan peminat-peminat tersebut kerana minat setiap orang itu berbeza.

Walau bagaimanapun, masih ada individu yang meninggalkan komen negatif dengan meluahkan bahawa ada peminat yang berlebihan dalam meminati seseorang selebriti.

Antara komen netizen:

Hantaran Twitter yang tular: