Connect with us

Teknologi

Penduduk Sweden Memasukkan Mikrocip di Bawah Kulit Ganti Kad ID

Kalau di Malaysia kita masih menggunakan Mykad sebagai kad pengenalan, berbeza di luar negara khususnya Sweden. Beribu-ribu penduduk Sweden kini sudah mempunyai mikrocip yang ‘ditanam’ ke dalam badan mereka  di bawah kulit.

Alasan mereka adalah bagi memudahkan kehidupan seharian tanpa perlu lagi membawa kad kunci, ID, dan tiket kereta api.

AFP.com melaporkan lebih kurang 3,000 orang di Sweden telah memasukkan mikrocip yang kecil seperti sebiji beras ini di bawah kulit mereka sejak tiga tahun yang lalu. Teknologi ini mula-mula digunakan di negara ini pada tahun 2015.

Prosedur memasukkan mikrocip ini sangat mudah dimana ianya sama seperti proses menindik dan melibatkan suntikan mikrocip ke tangan. Walaubagaimanapun seorang ahli mikrobiologi di Sweden menyatakan bahawa prosedur ini boleh menyebabkan risiko jangkitan atau reaksi dalam sistem imun badan.

Jika kerajaan Malaysia baharu mahu implemen teknologi ini untuk menggantikan Mykad, adakah anda akan bersedia untuk menerima?

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.