Facebook Dating – Laman Cari Jodoh Terbaru

Satu laporan mengatakan yang Facebook kini sedang menguji features terbaru iaitu temu janji ataupun dating secara dalaman. Bagaimanapun, feature dating ini tidak akan tersedia sebagai aplikasi yang berdiri sendiri tetapi ianya sebagai bahagian khas dalam aplikasi utama platform media sosial Facebook.

Dikatakan ujian sekarang sedang digunakan oleh pekerja Facebook.

Selain itu, usaha terbaru FB Dating ini dilihat lebih untuk mencari perhubungan yang serius dalam erti kata lain ianya sangat sesuai untuk mencari jodoh. Mereka yang menyertai boleh mengaktifkan ciri ini di mana hanya orang lain yang telah menghidupkan ciri seperti diri anda boleh melihat anda.

Lebih penting lagi, pengguna kini boleh memilih daripada lima jenis jantina yang berbeza –

  1. wanita,
  2. wanita trans,
  3. lelaki,
  4. lelaki trans dan
  5. orang bukan binari. Lihat di bawah:

Pengguna FB Dating juga boleh mencipta kumpulan atau acara dalam Facebook Dating untuk menggalakkan suasana yang lebih sosial. Pengguna boleh menghantar mesej antara satu sama lain melalui Messenger FB atau pada WhatsApp.

Laporan setakat ini menyatakan hanya ahli yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan untuk menggunakan Facebook Dating.