Penduduk Kampung Terharu, MUA Bellaz Belanja Barang Dapur dan Buka Puasa

Semua umat Islam menantikan kehadiran bulan ramadhan. Selain berpuasa sepanjang bulan ramadhan pelbagai ibadah boleh dikerjakan di bulan yang mulia ini kerana ganjaran yang diterima berlipat kali ganda.

Ramadhan yang datang sekali setiap tahun begitu membuatkan ramai diantara kita teruja dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun dan pelbagai juadah yang dijual hanya pada bulan ramadhan.

Lebih memeriahkan suasana, hampir kesemua tempat di negara ini akan menjalankan perniagaan bazar ramadhan sepanjang bulan ini. Jika anda penggemar makanan, sudah pasti anda ternanti bulan ramadhan.

Namun, disaat ramai yang bergembira dengan kehadiran bulan ramadhan, ramai juga diantara kita yang tidak bernasib baik terpaksa menjalani ibadah puasa dengan serba kekurangan.

Ramai yang menggandakan amalan sedekah sepanjang bulan ramadhan ini terutama bagi penghuni rumah anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan peduduk yang serba kekurangan.

Kedatangan bulan yang mulia ini, mendorong seorang MUA yang terkenal turut berkongsi rezeki dengan mereka yang serba kekurangan.

Bellaz seorang MUA , Make-Up Artist, berhasrat ingin mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan pelajar tahfiz dan peminatnya di Alor Setar, Kedah.

Anjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Tahfiz

Bellaz menyatakan hasrat murninya untuk mengadakan majlis tersebut dibulan ramadhan berkongsi rezekinya bersama mereka yang memerlukan. Dia menyatakan hasratnya itu di laman sosial Facebook sehari sebelum umat islam menjalani ibadah puasa.

Esok bermulalah puasa kita selama sebulan insyallah..ya Allah bestnyaaa.

Dibulan yg mulia ini insyallah bellaz nak buat berbuka puasa bersama anak2 tahfiz dan followers seramai 100 org yg bertuah bellaz di menara alor setar dan jugak akan berb bella di tanjung dawai dan alor setar sungai baru mcm2 sebelum2 ni bellaz buat setiap tahun.

Dan jugak promosi jualan baju raya kurung dan baju melayu bellanuar di Hq bellaz. Dua pasang suami isteri rm200 sahaja. Cepat pegi serbu Bellaz Beauty.

Rata-rata pengikutnya memberi sokongan padanya kerana sudi berkongsi rezeki kepada yang memerlukan. Dia terkenal dengan sikap bermurah hati kerana majlis yang diadakan merupakan majlis tahunan setiap kali menjelang ramadhan.