“InsyaAllah, puasa penuh Ika tahun ni” 3 Tahun Menanti, Ika Nabela Umum Hamil

Ketika umat islam sedang membuat persediaan untuk menjalani ibadah puasa, seorang pelakon turut berkongsi khabar gembira yang mana dia sedang hamil anak anak pertama.

Pelakon tersebut adalah Ika Nabela yang mengumumkan dia sedang berbadan dua menerusi laman Instagram miliknya. Pelakon Mawar Berduri itu berkongsi khabar gembira itu dengan pengikutnya di laman sosial.

Namun, pelakon itu tidak menyatakan usia kandungannya dan kelihatan berseri dan gembira dengan kehamilannya. Ramai pengikutnya meninggalkan komen gembira dengan kehamilannya.

Ika Nabela berkongsi khabar gembira tentang kehamilannya.

Assalamualaikum Ramadhan. InsyAllah jika Allah izinkan, suami izinkan, puasa penuh Ika tahun ini.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Doakan yang paling baik pleaseee semoga doa2 tu berbalik pd kalian. Aminnn.. Now I can use this emoticon lol,” ujarnya.

Selain peminatnya, ramai artis tempatan juga turut meninggalkan ucapan dilaman sosial Instagram Ika Nabela. Antara artis yang mengucapkan tahniah adalah, Elizad, Tasha Manshahar, Elfira loy, Ummi Nazera dan ramai lagi.

Biodata Ringkas Ika Nabela

Ika Nabila binti Abdul Rahim atau Ika Nabila (juga dieja sebagai Ika Nabella. Ika Nabila lahir 22 Jun 1989 dan merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia Musim 6.

Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2009 menerusi drama Zati & Si Mawas dan sejak itu, beliau membintangi puluhan drama dan telefilem. Ika Nabela berkahwin dengan Zaid pada 30 Julai 2016 di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang.