“Saya memang suka lelaki yang lebih berusia” Remy Atau Zizan? Ini Penjelasan Mira Filzah

Pelakon cantik manis Mira Filzah terus dihujani pertanyaan dari peminat apabila dikaitkan dengan hubungan Remy Ishak dan bekas tunangnya yang putus ditengah jalan. Ujar Mira lagi, Dia tiada hubungan istimewa dengan Remy Ishak.

Selain itu, Mira Filzah juga sering dikaitkan dengan dua lelaki iaitu Zizan Razak dan Remy Ishak, nampaknya pelakon Mira Filzah tidak melihat ada logik untuk dia mengakui ada hubungan yang terjalin dengan salah seorang lelaki yang dimaksudkan itu.

Jelasnya lagi, sudah sampai masanya mereka di luar sana berhenti mengaitkannya dengan dua pelakon tersebut memandangkan tiada hubungan istimewa antara mereka selama ini. Mereka sekadar kawan sesama artis dan dia bersifat profesional dalam kerjayanya.

“Mungkin sesuatu yang normal untuk pelakon wanita dan lelaki terus dikaitkan jika kedua-duanya masih belum berkahwin.

“Tambahan pula drama lakonan kami mendapat sambutan.

“Tetapi jujurnya saya tahu batas saya dengan Remy. Kami hanya bekerja di set penggambaran dan selepas bekerja saya tidak keluar minum atau melepak bersama,“ katanya menjelaskan khabar angin mengenai hubungannya dengan pelakon lelaki itu.

Diaju soalan ciri-ciri lelaki pilihan, Mira mengakui dia lebih menyukai lelaki berusia. Selain itu, dia kongsi pendapat mengenai ciri jejaka pilihan, Mira melihat kematangan dan agama sebagai penyumbang utama kepada hubungan yang baik dan kukuh.

“Saya memang suka lelaki yang lebih berusia, tidak pernah lagi berkawan dengan lelaki yang sebaya.

“Dalam mana-mana hubungan kita perlukan seseorang yang mampu membawa kita ke arah yang lebih baik. Sebab itu saya perlukan lelaki yang mempunyai didikan agama yang boleh membimbing saya,” jelasnya.

Dia turut ditanya sama ada tahun ini bakal menjawab segala persoalan mengenai hatinya, dengan jujur Mira mengakui dia masih belum bertemu lelaki yang sesuai.

“Hati saya masih belum dimiliki sesiapa.

“Tahun ini juga saya tidak nampak akan mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki apatah lagi mahu melangsungkan perkahwinan,” kata Mira yang kini menjadi duta kepada tudung Ariani.

Biodata Ringkas Mira Filzah

Nur Amirah Filzah binti Badioezaman atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah (lahir 2 April 1993) merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita Malaysia. Beliau merupakan alumni SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan graduan jurusan perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Di samping berlakon, beliau juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, MORA ESSENTIAL yang berkolaborasi dengan seorang lagi rakan kongsinya dan koleksi tudung jenamanya sendiri, MF SHAWLS. Antara drama yang terkenal lakonan beliau adalah Eksperimen Cinta (2015) dan Cinta Si Wedding Planner (2016).