Pemuda Akui Tertekan Keluar Rumah Pukul 5 Pagi Untuk Naik Pengankutan Awam, 2 Jam Baru Sampai Office

Terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk orang ramai pergi ke kerja. Ada yang menggunakan kenderaan sendiri kerana enggan bersesak ataupun beratur untuk menaiki tren atau bas.
Iospital phone repair gombak
Bahkan ada juga yang memilih untuk menaiki kenderaan awam kerana tidak mahu menghadap ‘jammed’ ketika memandu. Namun, masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki agar memberi lebih keselesaan kepada pengguna.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsi pengalaman hidup di ibu kota dengan menghasilkan video berbentuk garis masa untuk menunjukkan perjalanan ke pejabat yang perlu ditempuhinya.

Memetik laporan mStar, Nabil Ersyad, 27, yang bekerja sebagai penganalisis data di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Bangsar, Kuala Lumpur berulang-alik dari rumah ibu bapanya di Puncak Alam, Selangor setiap hari.

“Saya buat video ini dengan tujuan untuk orang tengok macam mana hidup dekat bandar ni dan sebagai awareness kepada pihak yang berkaitan untuk take action dan buat penambahbaikan yang sepatutnya.”

“Saya pergi ke pejabat dari rumah ibu bapa saya di Puncak Alam pada hari tertentu. Tapi saya ada sewa lagi satu rumah dekat kawasan central Kuala Lumpur. Tapi setiap kali saya make that journey, memang penat.”

“Waktu pagi, saya akan gerak dari Puncak Alam ke Bangsar dan apabila petang saya akan balik ke rumah sewa.

“Tapi perlu diingat yang ada orang ulang-alik dengan jarak lebih jauh berbanding saya setiap hari. Just imagine that,” kata Nabil


“Kita tak ada pilihan apabila kerja dekat bandar ni, keluar awal atau tersekat dalam kesesakan untuk berjam-jam lamanya. Macam saya dari Puncak Alam, saya kena keluar rumah pukul 5:15 pagi.”

“Saya akan jalan kaki dari rumah ke stesen bas berdekatan dalam 15 minit macam tu. Jadi sampai situ dalam pukul 5:30 pagi. Tak boleh lambat sebab kita ada jadual yang kena ikut. Kalau lambat sikit, domino effect, semua akan jadi lambat.”

“Kalau terlepas bas, kena fikirkan alternatif macam naik e-hailing, huru-hara jadi, boleh rosak keseluruhan hari. Bas yang saya naik ni bas Smart Selangor, dia gerak pukul 5:40 pagi dari tempat saya.”

“Perjalanan menaiki bas ke stesen komuter KTM Sungai Buloh ambil masa 50 minit. Dari situ saya naik KTM pergi ke stesen Abdullah Hukum, berdekatan pejabat saya. Perjalanan ini juga ambil masa kira-kira 50 minit,” terang Nabil.

Nabil menyatakan perjalanannya dari Puncak Alam ke Bangsar mengambil masa dua jam dan ini adalah realiti untuk mereka yang tinggal di pinggiran bandar tetapi bekerja di Kuala Lumpur.

“Saya travel dua jam ni kira dah yang paling smooth sebenarnya. Saya bangun tidur dan tiba di setiap stesen tepat pada waktunya, selain tak ada delay dari pihak pengangkutan awam.”

“Pernah juga saya keluar rumah pukul 6:40 pagi, memang semua tempat sesak, perjalanan ambil masa dekat tiga jam lebih. Kerusi dalam KTM semua dah penuh, kalau lambat memang ‘sardin’ (padat), kena berdiri sepanjang perjalanan.”

“Ini cabaran saya dan orang lain yang duduk di pinggiran bandar. Tak ada option, memang kena keluar awal. Saya sampai pejabat dalam pukul 8 pagi macam tu, kerja start pukul 9, jadi rehat kejap dan breakfast dulu semua.”

“Lebih baik untuk sampai awal sejam dekat pejabat berbanding tersekat dalam kesesakan yang boleh menyebabkan tekanan jiwa,” ujar Nabil.

“Nak balik rumah selepas kerja is yet another chapter. Kalau nak elak waktu puncak, kena keluar dari pejabat pukul 7 malam ke atas, sebab pukul 5 dan 6 petang semua rushing nak balik ke rumah.”

“Nasib baik rumah sewa saya dekat dengan pejabat dan tak perlu nak bersesak balik. Tapi untuk mereka yang pergi dan balik, dua-dua kena lalu waktu puncak, saya boleh cakap memang perit.”

“Hari demi hari, kita ulang balik the same process. Keluar rumah waktu gelap, balik rumah pun waktu gelap. Boleh buatkan kita persoal tujuan hidup. Tapi untuk cari rezeki, kita tetap buat juga,” kata Nabil



Nabil sempat menyarankan beberapa cadangan penambahbaikan agar dapat memudahkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam.

“Pertama sekali saya boleh cadangkan untuk tambah kekerapan atau frekuensi pengangkutan awam. Ambil contoh bas yang saya naik dari rumah saya.

“Saya kena keluar pukul 5:15 pagi dari rumah sebab bas yang paling awal pukul 5:40 pagi dan bas yang seterusnya pula ialah pukul 6:15 pagi. Waktu ni dah mula sesak. Beza dan gap dekat 40 minit.

“Macam let’s say kekerapan ditambah, ada bas pukul 5:50 pagi, jadi saya akan lebih fleksibel dan tak terlampau terkejar-kejar. Tak ada la saya kena bangun pukul 5:15 pagi.

“Dan seterusnya kalau boleh tambah new bus route dan tambah stesen bas, lagi mudah untuk diakses oleh penduduk dari seluruh kawasan di Lembah Klang,” kata Nabil.

Video yang tular di laman TiKtok:

@nabilersyad What a 2 hour multimodal public transport commute can be like #fyp #foryoupage #publictransport #bus #train #kualalumpur #puncakalam ♬ original sound – nabilersyad