Pelanggan Mengadu Layanan Teruk & Lebihkan Artis, Danial Tampil Mohon Maaf Siap Pelawa Datang Semula Restoran Tebus Salah

‘Paku & Pontianak’ merupakan salah sebuah restoran yang diusahakan oleh seorang pelawak dan pengacara terkenal iaitu Danial Zaini, 30. Namun baru-baru ini timbul satu isu yang ‘kurang sedap’ untuk didengari.
Iospital phone repair gombak
Difahamkan, seorang pelanggan yang dikenali sebagai Zizan akui tidak berpuas hati dengan layanan diterima semasa mengunjungi restoran Paku & Pontianak 2 bagi meraikan sambutan ulang tahun rakannya, baru-baru ini.

Antara yang dibangkitkan ialah isu makanan dihidangkan telah sejuk akibat lewat dihantar ke meja pelanggan sehingga terpaksa menunggu lebih dua jam.

Bukan itu sahaja, Zizan juga mendakwa terdapat perbezaan layanan apabila ada satu majlis berbeza melibatkan seorang artis turut diadakan dalam waktu yang sama.

Dia juga menyebut tentang kualiti makanan yang mana daripada sudut selera peribadinya kurang memuaskan.

“Dalam masa yang sama ada function birthday artis di tingkat bawah restoran, kami di tingkat atas belah atas. Tapi artis makan bufet. Kami ala-carte.”

“Mereka nampak lebih-lebihkan artis daripada kami. Kami pun bayar kot. Entah-entah artis makan percuma,” tulisnya.

Memandang serius isu tersebut, Danial bagaimanapun tampil membuat permohonan maaf dan mengatakan pihaknya berjanji untuk menambah baik mutu perkhidmatan dan kualiti makanan di restoran miliknya itu.


Menurut Danial, isu makanan lewat dihidangkan kepada pelanggan berlaku disebabkan restoran menerima dua tempahan majlis tertutup.

“Pertama sekali kami minta maaf atas kelewatan dalam menyediakan makanan untuk pihak tuan. Pada hari kejadian kami mempunyai dua acara hari jadi yang berjalan serentak. Kami akan memperbaiki dan menambahbaik servis dari masa ke masa.”

“Sepanjang majlis berlangsung, kami telah menyediakan tiga staf untuk melayan setiap tetamu di bilik VIP, dua untuk menjalankan servis dan satu sedia sebagai back-up yang berada di luar demi menjaga privasi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Danial turut menjawab keluhan pelanggan mengenai isu ruangan parkir terhad di restoran miliknya yang terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur itu.

“Berkenaan dengan isu parking, pihak kami memang menyediakan parking khas untuk para tetamu tetapi pada malam tersebut parking telah pun penuh dan dua parking yang ada telah di reserve sebelum hari majlis berlangsung,” ujarnya.

Mahu menebus kesilapan, Danial terbuka hati untuk menjemput semula pelanggan berkenaan ke restorannya itu.

“Secara peribadi,dengan berbesar hati saya ingin mempelawa pihak tuan untuk datang kembali ke restoran saya dan memberi peluang kepada kami untuk menebus semua kesalahan kami kepada pihak tuan,” jelasnya.

Perkongsian yang tular: