“Dengan muka tak bersalah..” Cik Oyen Tersangkut Tingkat 7, Abang Bomba Datang Menyelamat Buat Ramai Terhibur!

Si bulus bernama kucing ini banyak karenah dan telatahnya, sampaikan orang ramai geram betul apabila melihat aksi-aksi mereka!

Iospital phone repair gombak

Lebih-lebih lagi, kucing yang berwarna jingga ataupun ‘Oren’ ini sering dicop sebagai kucing yang aneh-aneh sahaja perangainya.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana ‘Cik Oyen’ tersangkut di luar rumah setinggi 7 tingkat sehinggakan pihak bomba terpaksa dihubungi untuk menyelamatkan keadaan telah meraih perhatian ramai.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh pihak Balai Bomba Sri Hartamas di laman Facebook mereka, kelihatan dua ahli bomba bekerjasama dalam membantu untuk menyelamatkan Cik Oyen itu.

Difahamkan, ramai juga yang risau akan keselamatan dua anggota bomba tersebut kerana mereka hanya boleh menjejakkan kaki di atas tapak dan ruang yang begitu kecil.

Walau bagaimanapun, misi khas itu akhirnya berjaya dilaksanakan!

Cik Oyen dapat diselamatkan dan dikembalikan kepada tuannya.

Akan tetapi apa yang mencuri perhatian orang ramai adalah apabila reaksi wajah santai Cik Oyen itu terlalu santai ketika masih dalam operasi menyelamatkannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat Cik Oyen yang buat ‘muka tak bersalah’ sahaja sewaktu diselamatkan.

Bukan itu sahaja, ada yang tertanya-tanya akan bagaimana kucing tersebut boleh terkandas di situ sedangkan saiz tubuh badannya yang ‘sihat’.

Antara komen netizen:

“Muke rilex jew cam xde ape yg jadi… Abg bomba yg bermati-matian nk selamtkn oyen dye elok Jew healing2 smbil senyum2”


“Mata da sepet tu yem😌. Silap langkah kebawah ko tu nanti mentang la ada 9 nyawa”

“Nda,, yg aku pikir kn ini dia lalu Dr celah mana dgn bdn bgtu besar smpi d situ 😂..”

“Oyen… Oyen… Macam mana boleh sesat nih… 🤣🤣🤣… Terima kasih banyak-banyak to our heroes 💖”

“Ya Allah. Dh la gemok. Xsedar diri punya oyen. Sje lah tu nk suruh abam bomba mai 😌”

“Orang dah kempas kempis nyawa fikir kan dia.. Dia boleh buat muka x bersalah je kan”

Hantaran Facebook yang tular: