Menerusi Instagram pelakon Emma Maembong kongsi rasa terkilan apabila pembantu rumah yang dijaga dengan baik akhirnya keluar rumah tanpa berita.

Menurut Emma Maembong, pembantu rumahnya secara tiba-tiba keluar daripada rumah mengambil kunci serta kad keselamatan rumah.

Ketika diberitahu mahu keluar, pembantu rumahnya turut membawa dua plastik sampah besar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Pembantu rumah lari ketika buang sampah

Pembantu rumah meminta izin untuk membuang sampah dan meninggalkan bayi di ruang tamu.

Walaubagaimanapun selepas 30 minit, pembantu rumah tersebut tidak muncul-muncul dan hilang tanpa berita.

Sesiapa nampak dia tolong beritahu saya

“Assalamualaikum, sesiapa nampak dia tolong bagi tahu saya. Tujuan saya naikkan posting ini, bukan untuk mengaibkan atau memburukkan sesiapa.”

“Tapi untuk orang diluar sana supaya berhati hati dan jangan terlalu mudah percaya dengan pembantu pembantu rumah walaupun dah lama bekerja dan depan kita pura pura baik dengan kita.”

Keluar rumah secara tiba-tiba

Jelas pelakon ini lagi, pembantu rumahnya secara tiba-tiba keluar daripada rumah mengambil kunci serta kad keselamatan rumah sambil membawa dua plastik sampah besar.

Sebelum kelaur dari rumah pembantu rumahnya sempat meminta izin untuk membuang sampah sambil meninggalkan bayi di ruang tamu.

Selepas 30 minit masih tidak masuk ke rumah

“Secara tiba tiba, takda angin takda ribut tak cakap apa apa. Terus keluar rumah ambil kunci dan access card dengan membawa 2 plastic bag sampah besar, alasan nak buang sampah.”

“Terus tinggalkan baby kecil dekat ruang tamu, selepas 30 minit masih tak masuk rumah.”

Matikan handphone dan block kami di whatsapp

“Terus matikan hp dan block kami dekat whatsapp, sampai sekarang masih tak boleh contact.”

“Jadi, tujuan saya cuma nak beri peringatan pada semua untuk berhati hati. Semoga Allah membalas segalanya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon itu.

Malah mereka juga turut berkongsi pengalaman dan cerita-cerita yang pernah dilalui oleh mereka.

 

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.