“Buat malu je..” Komen Persembahan Nabila Razali, Hafiz Hamidun Jadi Perhatian Netizen

Nama Nabila Razali mula trending di Twitter selepas persembahannya dikatakan ‘terkucil’ di bahagian korus lagu Peluang Kedua.

Pelbagai respon yang diterima orang ramai apatah lagi apabila melihat Nabila telah mencuba sebaik mungkin di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL35).

Walau bagaimanapun, penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun mengundang kecaman apabila memuat naik hantaran seakan menghentam persembahan Nabila Razali.

Hasil tinjauan di Twitter, Hafiz dipercayai telah memadam tweet tersebut.

Menurut individu ini, sebagai rakan artis, Hafiz perlu tahu betapa pentingnya saling memberi sokongan lebih-lebih lagi dalam dunia hiburan.

Katanya lagi, hantaran yang dibuat Hafiz itu agak memalukan.

Sementara itu, individu lain berpendapat Hafiz tidak profesional dalam memberikan pandangan.

Mereka turut mempersoalkan mengapa hantaran dipadam jika ianya hanyalah pendapat peribadi.

Terdahulu, persembahan Nabila Razali yang mendendangkan lagu Peluang Kedua telah mendapat perhatian netizen apabila beliau 2 kali ‘terkucil’ ketika menyanyi.


Menerusi laporan media, Nabila mengatakan banyak ruang yang masih boleh diperbaiki dan beliau telah memberikan persembahan terbaik kepada penonton walaupun tidak berlaku seperti yang diharapkannya.

Menurutnya, beliau juga tidak sangka mampu memberikan persembahan seperti itu disebabkan masalah suara yang dialaminya masih belum sembuh sepenuhnya.

Malah, kekuatan Nabila untuk melakukan persembahan di pentas AJL35 ini walau terpalit pelbagai kontroversi adalah kerana beliau mahu menjadi yang terbaik untuk diri sendiri.

Mendapat perhatian netizen, rakan-rakan artis seperti Neelofa dan Mira Filzah turut menzahirkan rasa bangga dengan diri Nabila yang tampil dengan persembahan terbaik.

Bahkan, mereka turut memberikan kata-kata semangat kepada Nabila dan mengatakan Nabila sudah melakukan yang terbaik.

Anugerah Juara Lagu 35 telah melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan lagu Gila nyanyian Noki, Loca B dan Kaka Azraff sebagai juara.