[VIDEO] “Tak terkucil pun” Tular Nabila Razali Rehearsal Peluang Kedua Jadi Perhatian Netizen

Nampaknya isu Nabila Razali dengan persembahan live lagu Peluang Kedua kembali timbul selepas menyaksikan persembahannya di Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke malam tadi.

Ia menjadi buah mulut dan topik utama netizen. Namun begitu ramai rakan artis yang memberikan moral support kepadanya.

Malah, tersebar satu video sewaktu Nabila berlatih menyanyikan lagu tersebut dan tidak ada terkucil langsung.

Dalam video yang viral dari TikTok ini, biarpun masih ada netizen yang anggap ianya satu perkara lawak, masih ada warganet lain yang memberikan sokongan moral kepadanya.

Ramai netizen anggap bahawa Nabila mungkin terlalu banyak berlatih sebab gementar dan tak cukup rehat.

Peluang Kedua – Live VS Rehearsal

 

Sebelum ini, Nabila ada muat naik satu perkongsian menerusi Instagram miliknya dengan membuat permohonan maaf kepada Hael Husaini selaku komposer lagu Peluang Kedua dengan mengatakan bahawa dia dah berikan yang terbaik.

BACA: Nabila Razali Terkucil AJL35

Namun begitu, Hael menyatakan bahawa Nabila merupakan inspirasi buatnya dan mengucapkan terima kasih kepada Nabila kerana telah menyanyikan lagu tersebut.

Dalam pada itu, ramai rakan artis yang turut memberikan moral support menerusi ruangan komen.

Namun, persembahan Nabila Razali yang mendendangkan lagu Peluang Kedua telah mendapat perhatian netizen apabila beliau 2 kali ‘terkucil’ ketika menyanyi.

Menerusi laporan media, Nabila mengatakan banyak ruang yang masih boleh diperbaiki dan beliau telah memberikan persembahan terbaik kepada penonton walaupun tidak berlaku seperti yang diharapkannya.

Menurutnya, beliau juga tidak sangka mampu memberikan persembahan seperti itu disebabkan masalah suara yang dialaminya masih belum sembuh sepenuhnya.

Malah, kekuatan Nabila untuk melakukan persembahan di pentas AJL35 ini walau terpalit pelbagai kontroversi adalah kerana beliau mahu menjadi yang terbaik untuk diri sendiri.

Mendapat perhatian netizen, rakan-rakan artis seperti Neelofa dan Mira Filzah turut menzahirkan rasa bangga dengan diri Nabila yang tampil dengan persembahan terbaik.

Bahkan, mereka turut memberikan kata-kata semangat kepada Nabila dan mengatakan Nabila sudah melakukan yang terbaik.

Anugerah Juara Lagu 35 telah melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan lagu Gila nyanyian Noki, Loca B dan Kaka Azraff sebagai juara.