[VIDEO] Kantoi ‘Berom*n’ Dalam Kereta, Pemandu Alza Ini Sanggup Seret Polis Untuk Larikan Diri

Setiap pemandu sepatutnya mengamalkan sikap berhemah sama ada di jalan raya mahupun di tempat awam.

Namun begitu, masih terdapat segelintir pemandu yang sanggup melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya bersama pasangan di dalam kereta biarpun lokasi letak keretanya berada di kawasan awam.

Semalam, kecoh di media sosial apabila tular satu video oleh pengguna Twitter @MirzaAmirin yang sempat merakamkan aksi kekecohan serbuan pihak polis dalam cubaan untuk menahan sepasang kekasih yang didakwa sedang melakukan perbuatan tidak spatutnya di dalam kereta.

Difahamkan, kekecohan tersebut berlaku di tempat letak kereta berhadapan McDonald’s Bandar Baru Bangi, Selangor.

Semasa dihubungi pihak media, Mirza pada ketika itu difahamkan sedang berurusan jual beli telefon bersama pelanggannya dan secara tiba-tiba berlaku kekecohan melibatkan anggota polis dengan orang awam di tempat kejadian.

“Saya ini orang berniaga online di Instagram jual telefon pula. Jadi untuk kepercayaan urusan jual beli, customer suruh saya datang untuk hantar telefon di lokasi yang dijanjikan.

“Setiap hari pastinya ada pihak polis yang melakukan rondaan dan memeriksa setiap kereta yang parking dekat sini.

“Tapi tak sangka pula berlaku kekecohan dekat tempat saya cari rezeki,” ujar Mirza ketika dihubungi.

Difahamkan, semasa pihak polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan, ada sebuah kenderaan Perodua Alza berwarna biru dipercayai terparkir dalam keadaan yang mencurigakan.

Tambah mencurigakan apabila tinted yang dilekatkan pada cermin kereta tersebut juga terlalu gelap sehingga tidak nampak apa-apa di dalamnya.

Apabila diperiksa secara dekat, pihak polis mendapati bahawa ada sepasang kekasih dipercayai dalam lingkungan usia remaja sedang berjimak dalam kereta tersebut.

Selepas disahkan kantoi, pihak polis cuba menahan pasangan tersebut sambil dibantu oleh orang awam termasuk para rider McDonalds berkenaan.

Namun berlaku kekecohan apabila pemandu Alza tersebut bertekad untuk menghidupkan enjin keretanya kerana ingin meloloskan diri daripada tertangkap oleh pihak polis.

Menambah kerisauan apabila seorang anggota polis yang cuba menghalang pasangan tersebut tersangkut di bahagian bonet hadapan kereta itu.

Walau bagaimanapun, anggota polis tersebut dilaporkan selamat turun dari kereta selepas pemandu Alza berkenaan berhenti di satu persimpangan.

Video tular di laman Twitter

Berdasarkan info terkini, pihak polis berjaya mengesan alamat pemandu yang dipercayai asal dari Semenyih menerusi nombor pendaftaran kereta tersebut. Bagaimanapun, kes ini dikatakan masih lagi dalam siasatan pihak polis.