[VIDEO] Anda Guna Apps ‘Gerakkan’ Wajah Orang Yang Telah Meninggal? Ini Pesanan Ustaz Ahmad Dusuki

Kebelakangan ini semakin popular satu aplikasi yang membolehkan wajah seseorang itu bergerak.

Malah, aplikasi ini dijadikan sebagai alternatif bagi seseorang itu untuk ‘melepaskan’ rindu buat ahli keluarga mereka yang telah dijemput Ilahi.

Hukum aplikasi itu digunakan kepada mereka yang telah meninggal dunia

Walaubagaimanapun, timbul persoalan adakah aplikasi tersebut dibenarkan dalam hukum syarak kerana ia digunakan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Susulan daripada itu, pendakwah terkenal Ustaz Ahmad Dusuki tampil memberikan respon berkenaan hukum penggunaan aplikasi tersebut yang semakin digunakan oleh orang ramai, menerusi satu video yang telah dimuat naik di laman TikTok.

Sebaiknya janganlah kita terlibat perkara demikian

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, aplikasi tersebut tidak wajar digunakan bagi seseorang Muslim itu kerana risau akan ditanya oleh Allah S.W.T pada hari akhirat nanti.

“Ada satu hadis Rasulullah S.A.W. yang sebut akan ada nanti sesiapa yang membuat patung atau melukis gambar.”

“Ia akan diarahkan oleh Allah S.W.T. supaya tiub balik roh patung atau gambar itu sendiri. Saya berpandangan bahawa sebaik-baiknya jangan kita terlibat dengan perkara demikian.”

Beliau berpesan titipkan doa buat arwah jika rindu

Meskipun rindukan seseorang itu, aplikasi ini tidak sepatutnya dijadikan sebagai alternatif kerana mereka sudah pun meninggal dunia dan tidak boleh kembali ke dunia.

Tidak berakhir di situ, beliau sempat berpesan untuk menitipkan doa buat arwah jika rindu kepada mereka.

Jangan gerakkan gambar hingga timbul kenangan lalu

“Saya takut di akhirat nanti, di mana siapa yang terlibat dengan program seumpama ini di akhirat nanti, Allah suruh dia tiup roh pada gambar-gambar demikian.”

“Dah gambar itu tak bergerak jangan pula kita nak menggerakan gambar tersebut sehingga kita menimbulkan kenangan yang lalu.”

Contoh gambar aplikasi tersebut

Kita bacakan doa buat mereka

Bagi orang yang dah meninggal dunia, kita baca doa buat mereka. Moga Allah merahmati mereka dan kebaikan yang bertambah buat mereka bukan dengan cara kita nak ingatkan kenangan yang tidak membangkitkan kita.

Difahamkan, menerusi aplikasi tersebut seseorang itu boleh menggerakan foto yang digunakan dan gambar tersebut akan bergerak seperti dalam video.

Aplikasi digunakan kerana rindukan ahli keluarga yang telah tiada

Lazimnya, aplikasi tersebut digunakan oleh mereka yang begitu ‘rindukan’ ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia.

@ustazahmaddusukiReply to @nadialiyana91 ##ustadpesan ##ustazahmaddusuki ##mengejarsyurga ##UAD ##tiktokGuru ##pemudasyurga ##nasihatkehidupan♬ Sesungguhnya 2020 – Nazrey Johani

Semoga perkongsian ini menjelaskan segala keraguan yang telah timbul dan memberi manfaat kepada semua.