Pemain Croatia Tolak Pakai ‘Armband’ Pelangi, Mahu LGBT Turut Hormati Prinsip Orang Lain

Pada permulaan musim ini, pasukan bola sepak Jerman, Wolfsburg telah mengumumkan bahawa semua kapten pasukan bola sepak lelaki, wanita dan remaja akan memakai ‘armband’ pelangi sebagai tanda sokongan untuk gerakan sosial lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT).

Menurut pengarah sukan Wolfsburg, Jörg Schmadtke menjelaskan Wolfsburg “berdiri untuk masyarakat yang bertoleransi” dan mahu “mengambil sikap menentang diskriminasi” sebagai sebuah kelab bola sepak.

Foto: kicker.de

Walaupun ramai yang menyokong inisiatif itu, ia tidak diterima dengan baik oleh pemain sayap Wolfsburg Josip Brekalo. Josip mengatakan dia tidak mahu membawa simbol LGBT itu.

“Saya harus mengatakan bahawa saya tidak boleh berdiri tegak di belakang tindakan ini, kerana ia bercanggah dengan kepercayaan Kristian saya, saya telah dibesarkan secara beragama, saya okay saja dengan orang yang hidup dengan gaya hidup yang berbeza, tapi saya tidak mahu dan tidak perlu membawa simbol yang mewakili mereka, “kata Brekalo kepada Kicker.

Joshua Guilavogui, yang memakai armband untuk pasukan lelaki itu, telah menjelaskan bahawa dia menyokong mesej yang mewakili simbol pelangi.

Foto: pinknews.co.uk

“Kami pemain bola sepak adalah role-model dan ingin menggunakan tanda pelangi untuk menunjukkan bahawa setiap orang dialu-alukan di stadium – tidak kira warna kulit atau jantina yang anda miliki, siapa yang anda suka, jika anda mempunyai kecacatan fizikal atau apa kepercayaan anda. adalah untuk semua orang. ” katanya.

Josip Brekalo adalah pemain bola sepak Croatia yang bermain sebagai penyerang untuk VfL Wolfsburg.