11 Tips Melancong ke Jeju Island Korea Selatan

Tahun lepas AirAsia telah membuka laluan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeju Island. Di antara faktor pembukaan laluan baru ini adalah permintaan pelancong dan backpackers dari Malaysia ke Korea Selatan yang tinggi terutamanya Seoul dan Jeju Island.

Sekiranya anda merancang untuk melancong ke Jeju Island, 11 tips ini boleh dijadikan panduan bagi menjimatkan kos dan persediaan awal sebelum memulakan trip ke sana.

1. Plan Sendiri

Sebabkan nak murah, plan itinerari sendiri. Tak perlu guna tourist guide, rajinkan baca blog-blog orang. Serius banyak sangat boleh jimat kalau backpack.

2. Pengangkutan

Better drive sendiri. Pulau Jeju tersangatlah besar, jarak dari satu tempat ke satu tempat agak jauh. Company kereta yang murah dan recommended adalah AJ Car rental.

Murah yang amat. Tapi kena register as member dulu, log in dan boleh tgok harga-harga kereta diskaun smpai 65-70%. Haritu kami book kereta utk 4hari 3malam hanya 90 000 won (RM333+-).

3. Kereta Sewa

AJ Car company is highly recommended. Boleh book 2 bulan awal melalui website, sampai di airport ada kaunter AJ Car rental dan staff akan tolong untuk bagi direction ke tempat ambil kereta.

Nanti akan naik free shuttle bus company ke tempat ambil kereta. Sampai di office, baru sign semua agreement dan check kereta kalau ada apa-apa kerosakan. Proses sangat senang dan cepat. Dapat kereta Hyundai Avante baru sekali dgn GPS.

4. GPS

Kalau sewa kereta, GPS dia bahasa korea, tapi sound in english. So kalau nak pergi mana-mana kena masukkan no telefon tempat yang nak dituju. (Jot down siap-siap no telefon sebab agak susah nak dapat free wifi, hanya tempat-tempat tarikan sahaja ada free wifi)

5. Penginapan Guesthouse Jeju

Kami stay di Seogwipo, bandar ni terletak tengah-tengah Jeju, senang nak pergi samaada ke utara atau selatan Jeju. Nama guesthouse kami stay hari tu Kkodak Kkodak Guesthouse.

Ada pantry untuk memasak dan free breakfast. Penginapan dekat Jeju bergantung kepada budget dan keselesaan, Range harga bermula dari semahal-mahal hotel 5 bintang hingga harga guesthouse.

6. Tempat-tempat Menarik di Jeju Island

Kebanyakan tempat di Jeju sangat sesuai untuk melihat keindahan alam. Kami tak pergi pun muzium dekat sana. Untuk entry fees memang murah berbanding tempat menarik di Seoul.

Range harga 1000won-2500won seorang. Kalau teenager (sampai umur 24tahun) entry fees 1000won. Kalau adult (>25 y/o) harga 2000-2500won depends kepada tempat mana kita pergi. Tapi ada juga tempat menarik yang free je masuk.

7. Tempat wajib pergi di Jeju Island

  • Seongsan Illchulbong,
  • Sepjikoji Lighthouse,
  • Seogwipo Submarine,
  • Cheonjeyon Waterfall,
  • Cheonjiyeon Waterfall,
  • Jusangjeolli Cliff,
  • Hallasan Mount,
  • Yeongmoari Coast,
  • Woljeongri Beach,
  • Sanbangsan Mt.

8. Pakaian Sesuai

Kebanyakan tempat di Jeju kena banyak mendaki dan jalan jauh. Kalau warga tua nak ke sana mungkin penat dan tak larat naik gunung. Make sure ada kasut @ sneakers yang selesa.


9. Tempat Makan Halal di Jeju Island

Makanan halal susah nak jumpa di Jeju. Jangan lupa bawa Brahim dan sardin. Kalau siang hari, kami singgah di 7-Eleven panaskan lauk Brahim dengan microwave dan makan dekat situ.

Nasi segera beli dekat 7E sahaja. Lauk sardin makan malam masak di guesthouse.

10. Cenderahati

Tak banyak tempat yang jual cenderamata dari Jeju. Kalau nak beli dekat Seongsan Illchulbong banyak pilihan dan harga agak murah.

11. Tempat Solat di Jeju

Dekat sana tempat-tempat tarikan pelancong memang tak ada surau. Carilah waktu dan ruang untuk solat sedaya mungkin (pernah solat di kaki lima 7E dan tepi walking trail).

_________________________


Tips dan panduan melancong ke Jeju ini adalah tulisan asal Adlyn Lyna Aziry dalam perkongsian trip beliau ke Seoul-Busan-Jeju pada tahun 2017.