Pelik Tiada Penunggang Tapi Motor Jalan Sendiri, Rupa-Rupanya Rider Meninggal Dunia Bergesel Dengan Lori

Sebagai pengguna jalan raya, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan diri terjaga.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, masih ada individu lain yang cuai dan leka sehingga meninggalkan impak yang besar terhadap mangsa yang tidak bersalah.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan sebuah motosikal tanpa penunggang berjalan sendiri dengan laju sehingga merempuh beberapa motosikal lain yang diparkirkan di kawasan tersebut telah meraih perhatian ramai warga maya.

Dipercayai kejadian tersebut dirakamkan di hadapan bangunan Giatmara Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Pada awalnya, kejadian tersebut dijadikan bahan lawak orang ramai kerana motosikal tersebut boleh bergerak sendiri tanpa penunggang.

Namun apa terjadi di sebalik kejadian tersebut sebenarnya telah berlaku suatu insiden yang sangat menyedihkan, di mana penunggang motosikal tersebut sebenarnya tidak sedarkan diri selepas dikatakan bergesel dengan sebuah lori yang sedang menukar lorong.

Penunggang motosikal tersebut yang bernama Zoelfadli Shawal telah meninggal dunia di lokasi kejadian tersebut.


Difahamkan, jenazah Allahyarham Zoelfadli akan dibawa ke Tanjung Malim untuk urusan pengebumian.

Apa yang lebih menyedihkan, Allahyarham baru sahaja kehilangan bapanya kira-kira 2 minggu yang lalu dan telah sempat menukar gambar profil bersama dengan ayah tercintanya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan doa buat Allahyarham Zoelfadli ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Antara komen netizen:

“al fatihah semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman amin 🤲”

“🥰🥰😭😭 arwah bru ja kehilangan abahnya 1/2 aritu..Al fatihah utk keduanya yg sgt2 baik dgn smua org”

“arwah adalah anak buah kepada supervisior tempat sy berkerja.. beliau dalam perjalanan pulang ke rumah ibu beliau di setiawangsa.. salam takziah”

“Al fatihah. Smoga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T.”

“mnt vid x dibuat gurauan.. arwah seorg shbat yg baik spjng kitaorg kenal.. mohon sedekahkan Al-fatihah, doakan terbaik utk arwah & family dia.. 🤲”

Video yang tular:

@utusantvofficial Katanya penunggang motosikal maut. 📍GiatMARA Titiwangsa, KL, 20/2/23 #alfatihah #salamtakziah #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia ♬ original sound – UtusanTV