“Cantik tapi terlampau banyak barang” Kalini Rumah TokTi Pula Jadi Perhatian Ramai

Beberapa hari lalu, tular kecantikan reka bentuk dalaman rumah Nabila Razali yang bertemakan minimalis tetapi masih kelihatan esklusif, membuatkan netizen terpegun.

Iospital phone repair gombak

Tak terkecuali, baru-baru ini rumah penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza turut menjadi tumpuan ramai bahkan dalam satu video yang tular di TikTok, dia akui sering menyahut panggilan-panggilan peminat dari luar rumahnya.

Seperti yang kita tahu, penyanyi yang turut mesra dipanggil Tokti seorang yang berpesonaliti  humble dan sporting, membuatkan peminat tidak kekok beramah mesra dengannya.

Terbaharu, menerusi satu perkongsian oleh @pallitt.aiskrim, memaparkan suasana rumah Tokti yang luas. Rakaman ini secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka yang belum pernah melihat sendiri rumah penyanyi berkenaan.

Pun rumahnya dipuji cantik, ada juga yang merasakan dekorasi rumah penyanyi itu terlalu sarat sehingga terlihat serabut namun  ramai yang berpendapt bahawa setiap orang memiliki cita rasa yang berbeza.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing malah ada juga yang akui suka dengan rumah TokTi yang cantik.

Dalam pada itu, ada juga segelintir warganet yang kurang gemar melihat susun atur perabot di rumah penyanyi itu dan menyifatkan ianya terlalu banyak barang serta kelihatan sedikir serabut.

Antara komen warga maya:

“Rumah cef wan paling cantik.. tak berserabut dengan barang..”

“Cantik rumah Dato CT tapi saya lebih suka rumah style korea.. nampak simple dan modern”


“Cantik banyak bunga.. saya memang suka tengok bunga2 yang warna hijau.. sejuk mata memandang..”

“Wah cantik rumah TokTi , besar nya and luas nya rumah TokTi”

“Boleh sesat kat rumah sendiri kalau aku”

Video yang tular di laman TikTok
@m.s.zone house tour rumah #sitinurhaliza #fyp #foryourpage ♬ Mahligai Asmara – Siti Nurhaliza

@pallitt.aiskrim Terima kasih kerana sudi jemput Pal Litt ♥️ #upstorydulubarulayan ♬ Bukan Cinta Biasa – Siti Nurhaliza