Viral
Ayah Paksa ‘Join’ Buat Loan Untuk Beli Rumah RM550K, Anak Buntu Baru Kerja & Masih Ada Hutang PTPTN

Sebagai seorang anak kita perlulah turut dengan kemahuan ibu bapa bahkan perlu melayan ibu bapa dengan baik. Namun sebagai penjaga, kita sebaiknya tidak membebani anak-anak sehingga masa depan mereka terjejas.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak mendedahkan dirinya dibelenggu rasa serba salah kerana tidak mampu menuruti kehendak ibu bapanya.
Menerusi perkongsian yang dimuat baik oleh @Fedtriyahya di laman Twitter, wanita berusia 24 tahun yang diminta untuk tidak mendedahkan nama accountnya mengatakan dia sedang buntu dengan masalah yang dihadapi.
Difahamkan, ayah kepada wanita berkenaan mahu dirinya untuk bersama-sama membuat pinjaman peribadi bagi membeli sebuah rumah, namun harganya tidaklah murah seperti yang disangka.
“I anak perempuan umur 24 tahun, baru 7 bulan kerja, salary around 6K.. ada plan nak kahwin tahun depan”
“I nak tanya salah ke i as anak taknak join loan dengan my dad beli rumah condo RM550K untuk 3 bilik monthly RM3100 bahagi 2 around RM1550 sorang tak termasuk bills”
“I masih belum habis bayar PTPTN dan i takde loan apa-apa lagi”
Bukan itu sahaja, dia juga sedih kerana di cop ‘anak tak guna’ kerana tidak dapat membantu ibu bapanya.
“I sampai sekarang kena cop anak tak guna sebab taknak tolong parent dapatkan rumah yang dia nak tu” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing mengenai isu tersebut malah ada yang menasihatkan wanita ini agar tidak bersama membuat pinjaman untuk rumah tersebut.
Netizen juga berharap agar wanita ini fikir baik buruk terlebih dahulu dan berbincang secara baik dengan ibu bapa.
Bukan itu sahaja, netizen turut memberi pandangan agar ibu bapa tidak membebani anak dengan memaksa mereka menanbah hutang pada umur yang masih muda dimana dia masih memerlukan pelbagai jenis komitmen kelak.
Antara komen warga maya:
Ibu bapa yg force anak utk berhutang adalah mak bapa yang tidak berperikemanusiaan. Saya ada kawan sedemikian rupa. Wanita, umur 29, sekarang membayar hutang utk rumah dan kereta ahli keluarganya. Alhamdulillah berjumpa suami yang mampu memberi nafkah dan tolong bayarkan
— faristuarani (@faristuarani) February 20, 2023
Dik, ko beli je la rumah sendiri. Lepas tu ko cakap kat bapak ko yang ko tak lepas nak join loan sebab dah beli rumah. Bapak ko tak boleh ckp ape. Ko pon ada harta sendiri nama ko. Dan beli harta sebelum kahwin ye. Supaya apa- apa jadi, harta kekal ko punya sorg.
— noninoninoni (@noninoninoniii) February 20, 2023
Tak salah untuk say no. Mungkin sekarang boleh divide payment by 2, nanti bila ayah dah tak ada, siapa nak bayarkan on his half? Rm3k/mth is a lot, with increasing OPR. If u think it’s a must, make sure rumah tu under your name, supaya tak perlu faraid lepas kematian ayah.
— nnzmy (@nnzmy1) February 21, 2023
As someone yang kena paksa buat loan rumah for my sister, banyak buruk dari baik. Kalau boleh elak better elak. Sebab bila jadi sesuatu semua akan lepas tangan, u akan tersepit sendirian.
— Suka_Suki (@SukaSuki85) February 20, 2023
Rasanya agak keterlaluan bila mana ibu bapa paksa anak2 utk ambil commitment jangka panjang seperti loan rumah. Kalau anak tu memang mampu financially tak salah.
— QhadijaH (@addhuha_) February 20, 2023
Perkongsian yang tular di laman Twitter:
Dilema seorang anak…. pic.twitter.com/3Ye6hScqNj
— Fedtri Yahya (@fedtriyahya) February 20, 2023
"No need to sour-sour, absolutely correction!!" Mak Lailerss

You may like
Popular

“Terima kasih, mak” Kongsi Perjalanan Peluk Agama Islam, Kisah Ibu Lelaki Ini Buat Ramai Sebak

“Habislah baju budak2” Lap Pun Kotoran Tak Hilang, Murid Makan Di Meja Kerak Kehitaman Undang Kritikan Netizen

“Wah kreatifnya!” Lain Daripada Biasa, Sesi ‘Ice Breaking’ Bersama Pelajar & Mak Cik Kantin Raih Perhatian Ramai

“Patut dicontohi..” Masih Pakai Kasut Lusuh Ke Sekolah, Kawan Pakat Ramai2 Kumpul Duit Belikan Baru!

Beli Tapak Kubur Siap2 Sebelum Meninggal, Harga Pakej Boleh Cecah Sehingga Ratusan Ribu Ringgit!
