Gara-Gara Kurang Dapat Order, Gelagat Rider Buat ‘Job’ Mesin Rumput Undang Dekah Ramai

Menjadi seorang penghantar makanan bukanlah satu perkara yang mudah, bukan sahaja berdepan risiko tinggi terlibat dalam kemalangan namun perlu berdepan dengan cuaca yang tidak menentu.
Iospital phone repair gombak

Itu belum lagi cerita tentang vendor ‘sidai’, kena maki dengan customer, order cancel, prank order dan sebagainya. Tentunya ia akan melemahkan semangat para rider untuk terus berjuang mencari rezeki.

Dikalangan rider, ayat ‘Ada order ada kerja, tak ada order menung saja’ itu sering digunakan. Manakan tidak, pekerjaan mereka berdasarkan permintaan pengguna menerusi applikasi.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang rider Grabfood berhenti di tepi jalan untuk mesin rumput telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @renggo69_, kelihatan rider Grabfood itu memberhentikan motosikalnya di tepi jalan malah dapat juga kita lihat dua orang pekerja sedang mecantas rumput menggunakan mesin rumput.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila rider tersebut selamba turut serta mesin rumput bersama mereka.

Lebih melucukan, dia hanya berlakon seperti sedang memakai peralatan mesin rumput padahal dibadannya tidak ada apa-apa.

“Job grab kurang terpaksa buat job mesin rumput” katanya di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meninggalkan komen yang lucu apatah lagi bila melihat salah seorang pekerja mesin rumput itu termenung seakan ‘blur’ dengan gelagat lelaki tersebut.

“Nasib dia tak mesin kau bang. Hanya insan istimewa sahaja yang boleh nampak mesin rumput tu haha” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan hanya orang yang terpilih sahaja dapat melihat mesin rumput yang dipegang rider berkenaan.

Antara komen wargamaya:

“Nasib dia tak mesin kau bang”

“Kau loading kan kepala otak abang tu yee”


“Uinaaa dia mesin alam lain kee”

“Kalau aku jadi abang tu aku dah berdekah kat situ”

“Termenung bother tu tengok start masin halimunan”

“Bang mana bag kuning nak beli ni”


Video yang tular di laman TikTok:

@renggo69_ job grab kurang terpaksa buat job mesin rumput #fyp #fypシ゚viral #xyzbca ♬ original sound – ~bunga_larangan~