Pelamin Tiba-Tiba Runtuh Sewaktu Sesi Akad Nikah, Reaksi Tetamu Terlopong Buat Ramai Terhibur

Hari pernikahan merupakan hari yang sangat bermakna dimana dua hati bersatu untuk diijab kabulkan. Sudah tentu sebagai bakal pengantin, kita akan melakukan pelbagai persiapan dari segi pakaian, mas kahwin dan juga pelamin.

Pun begitu lain pula cerita dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pelamin yang digunakan semasa akad nikah dilihat roboh persis lagu ‘pelamin angan ku musnah’ yang didendangkan oleh Azie.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku beberapa saat sebelum Muhammad Luqman Hakim Zaihan dinikahkan dengan pasangan, Norfatin Asilah Zahid itu meraih lebih setengah juta tontonan apabila ia dikongsi ke media sosial pada Isnin.

Memetik laporan mStar, pengantin lelaki yang senang disapa Luqman tidak menyalahkan mana-mana pihak malah menganggap kejadian tersebut sebagai kenangan yang sangat ‘rare yang berlaku di majlis pernikahannya.

“Masa tu tengah nak akad nikah. Tiba-tiba ada orang menjerit. Saya dah pelik, kenapa orang menjerit? Rupa-rupanya sebahagian panel pada pelamin jatuh. Panel itu jatuh dengan langsir dekorasi.”

“Di belakang tu ada kipas, mungkin angin yang menolak panel sampai ia terjatuh. Masa tu saya jadi terkedu, tak tahu nak cakap apa. Dalam fikiran saya, lafaz akad nikah lagi seram.”

“Walaupun fokus terganggu, saya berlatih dua tiga kali, Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya sah bergelar suami.”

“Pada masa tu, keluarga tolong betulkan. Kemudian pihak bridal pun datang baiki. Mereka cepat-cepat datang.”

“Saya pun tiada masalah dengan mereka, sebab ia benda kecil saja. Tak nak la moody pada hari perkahwinan, nak happy je,” ujarnya berseloroh.

Lelaki yang berusia 27 tahun ini bagaimana pun akui terhibur membaca pelbagai komen lucu daripada warganet termasuklah bagi mereka yang pernah mengalami kejadian yang sama.

“Saya letak di TikTok, bangun pagi tengok dah beratus ribu tontonan. Saya baca komen, nampaknya ramai yang terhibur. Ada juga yang kata pelamin runtuh sebab bekas kekasih saya yang berdoa macam tu.”

“Saya tak ambil hati baca komen netizen… tak ambil hati. Saya faham mereka bergurau. Selain tu, ada juga orang yang berkongsi pengalaman sama, ramai juga yang pernah kena kejadian macam tu.”

“InsyaAllah lagi dua minggu majlis belah lelaki pula akan berlangsung di Johor Bahru. Saya harap tak berulang macam kejadian di Segamat hari tu.”

“Kalau tak, dua kali la viral. Saya pun kongsi video itu sebagai kenangan. Mak pun cakap macam tu, dia kata kenangan ni boleh cerita kat orang,” ujarnya.

“Saya dah lima tahun jadi wedding photographer. Biasa saya ambil gambar pengantin, kali ini saya pula yang jadi pengantin. Mula-mula rasa agak pelik, rasa tak tahu nak buat apa.”

“Tapi dari segi nak posing tu, Alhamdulillah tiada masalah sangat sebab saya dah biasa terlibat dengan wedding phososhoot sebelum ini.”

“Cuma saya rasa pelik, kali ini saya yang pakai baju pengantin dan jadi tatapan orang,” ujarnya ketawa.

Video yang tular di laman TikTok:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)