Nampak Kaki Terjuntai, Rupanya Rider Gendong Anak Keluar Cari Rezeki Tengah Panas Buat Ramai Sebak

Seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat keluarganya cukup makan dan pakai termauklah berhempas pulas mencari rezeki.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pekerja penghantaran makanan dikenali sebagai Amirul yang terpaksa menunggang motosikal sambil menggendong bayinya yang berusia setahun ketika keluar mencari rezeki mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, seorang penjawat awam, Khairul Fazli, 42, dia terserempak dengan rider itu di Jalan Chan Sow Lin sebelum menghampiri motosikalnya untuk bertanya lebih lanjut mengenai situasi yang dialami.

“Masa tu saya naik motor. Daripada jauh nampak motor dia dan ada kaki kecil yang terjuntai. Jadi saya potong motor dia untuk lihat lebih dekat.”

“Saya dapati penunggang itu adalah seorang lelaki, sebelah tangan pegang handle motor, sebelah tangan lagi menutup kepala seorang bayi daripada terkena panas mentari.”

“Waktu tu dalam pukul 1.30 tengah hari. Saya panggil ketepi untuk temuramah sekejap. Jadi saya pun turut buat video, saya kongsi ke TikTok untuk tunjuk kehebatan seorang bapa.”

“Saya cuma nak sampaikan mesej bahawa tak semua orang boleh buat macam dia. Saya kongsikan video itu sebagai motivasi,” ujar Khairul.

Rider tersebut memaklumkan dia menetap di Jinjang, Kuala Lumpur, dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Tambahnya, dia mula membawa si kecil itu ketika keluar mencari rezeki sejak sebulan yang lalu kerana isterinya juga keluar bekerja.

“Wife keluar pukul sembilan, lepas tu saya start kerja. Kadang-kadang sampai petang, kalau tak hujan lambat sikit la,” ujar Amirul.

“Kalau kat rumah je minum susu. Wife baru kerja. Kalau tak, dia tak kerja. Dekat sebulan (bawa bayi kerja). Anak ada tiga orang, seorang mak jaga, yang satu lagi sekolah,” ujar Amirul.

Dalam pada itu, Khairul yang turut mencari rezeki dengan membaiki mesin basuh dan peti ais meluahkan hasrat untuk membantu rider itu mencari rezeki dalam bidang sama.

“Saya ada ambil nombor telefon dan berhubung dengannya. InsyaAllah bulan Julai dia akan sertai team saya, dia bersetuju nak belajar baiki mesin basuh. Saya pun dah 11 tahun buat part time baiki mesin basuh.”

“Saya faham pengorbanan dia sebagai bapa. Saya sendiri ada lima cahaya mata. Saya tahu ramai yang dah berusaha keras, tapi masih susah. Bukannya mereka tak rajin. Yang penting saya harap semua insan di luar sana tidak cepat berputus asa, kena cari peluang yang ada di sekeliling,” ujar Khairul lagi.

Dek kerana video yang tular itu, team personaliti dakwah Ebit Lew berjumpa dengan Amirul di Masjid Negara pada Rabu malah wakil Ebit turut menyampaikan sedikit sumbangan buat Amirul dalam pertemuan itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@abamskhaiJom doakan Amirul dapat memikul tanggung jawab dengan penuh dedikasi

♬ A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC

@abamskhaiOrang lain sanggup berusaha.kenapa tidak kita.kenapa kita taknak berusaha lebih sedikit?henyak lah sampai lunyai.

♬ Pusara Di Lebuhraya – Ekamatra