[VIDEO]”Cantiknya Sarah” Sarah Hildebrand Sah Bergelar Isteri Kepada Seorang Mualaf

Pengacara dan pelakon terkenal Sarah Hildebrand, 29 telah sah menjadi isteri kepada seorang pelukis kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen, 26.

Sarah sah menjadi isteri dengan sekali lafaz di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, jam 10.25 pagi hari ini.

Satu video yang dikongsikan oleh Jaydee Mohammad menerusi laman sosial Instagram miliknya menyaksikan majlis akad nikah berlangsung.

 

View this post on Instagram

 

Tahniah @sarahhildebrand dan @otto.gillen bahagia sampai ke syurga. Amin #SOtiestheknot

A post shared by Jaydee Mohamad (@jaydeesm) on

Pasangan itu selamat dinikahkan Pendaftar Bahagian Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Hilmi Saadan dengan disaksikan bapa saudara pihak perempuan, Mohd Nasir dan Haizairi Hashim.

Sarah turut menerima mas kahwin bernilai RM300 dan sebentuk cincin pemberian pihak lelaki kepadanya.

Majlis tersebut turut dihadiri  kira-kira 100 orang tetamu termasuk keluarga dan kenalan rapat.

Sarah Hildebrand dan suami kedua-duanya berdarah kacukan

Pelakon yang membintangi drama Pujaan Hati Kanda itu bersyukur kerana majlis pernikahannya berjalan dengan lancar.

Menurut pelakon yang semakin meningkat naik itu, mereka masih belum memutuskan mengenai majlis resepsi.

“Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar seperti direncanakan”.

“Saya percaya Otto lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami dan mampu membahagiakan saya hingga ke akhir hayat”.

“Kami juga saling memahami kerana sama-sama berdarah kacukan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Tahniah ##SOtiestheknot❤️

A post shared by Jaydee Mohamad (@jaydeesm) on

Sarah tampil anggun dimajlis penuh bersejarah baginya itu dengan menggayakan persalinan hasil rekaan ibunya, Che Arbi Hashim.

Sebelum ini, Sarah pernah menjalin hubungan dengan pengacara, Nabil Mahir tetapi hubungan itu berakhir awal tahun ini selepas lima tahun bercinta.

Semoga ikatan yang terbina akan berkekalan hingga ke jannah dan tahniah buat Sarah Hildebrand dan pasangan.