Pelajar Gigih Main Tarik Tali, Gelagat Guru Semangat Sokong Murid Buat Netizen Terhibur

Hari sukan adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh pelajar. Pelbagai sukan diadakan malah dari sini pelajar dalam menunjukkan bakat dan skills yang ada dalam diri.

Ramai yang turut serta di pada acara tersebut termasuklah ibu bapa dan juga para guru.

Pun begitu lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat sekumpulan cikgu menyokong anak murid semasa acara tarik tali telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kml.abrhm, kelihatan sedang berlangsungnya acara tarik tali di sebuah sekolah.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila cikgu-cikgu setiap rumah memberi sokongan yang padu apabila anak murid mereka bertanding.

Tidak cukup dengan itu, seorang daripada guru yang berada di situ kelihatan menjerit dengan penuh semangat menyuruh anak muridnya untuk menarik lagi tali tersebut.

Ada juga aksi cikgu yang memberi semangat dengan memukul anak murid dengan menggunakan kertas.

Gelagat-gelagat cikgu ini sangat comel kerana mereka yang kelihatan gelabah dan ingin menang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat guru-guru yang terlebih bersemangat mengalahkan pelajar.

“Sampai nak menangis cikgu tu, patutlah kalau habis je hari sukan mesti cikgu yang paling penat” – Netizen

Antara komen warga maya:

“tak yang kena pukul tu memang taknak tarik ke apa alahai hahahaha”

“terkejut aku dengan cikgu yang pertama tu”


“jangan cakap la, murid lumba lari sekali cikgu ikut lumba lari”

“rindunya zaman sekolah dulu time tarik tali la boleh jerit2”

“cikgu2 terbaik.. semangat kesukanan”


Video yang tular di laman TikTok:

@kml.abrhm Hahaha..macam-macam gelagat cikgu bila hari sukan🤣 #firstday #sukansekolah ♬ original sound – Kamal Abrahman