‘Kalung’ Ular Sawa Yang Ditangkap Dileher, Lelaki Ini Hampir Maut Akibat Dijerut

Ular sawa merupakan ular yang tidak mempunyai bisa namun spesis ini merupakan haiwan ‘penjerut’ yang berbahaya apatah lagi jika saiz nya yang panjang dan besar.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki dililit ular sawa sehingga hampir lemas mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, pada awalnya lelaki itu berjaya menangkap seekor ular sawa yang memasukki rumahnya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram, lelaki itu dilihat berjalan keluar dari rumahnya sambil lehernya dililit oleh ular tersebut.

Pun begitu, Dia dilihat berkali-kali cuba untuk meleraikan lilitan ular itu tetapi gagal sehingga dia akhirnya terhuyung-hayang dan rebah ke tanah.

Kejadian menjadi lebih cemas apabila ada seorang wanita uang menjerit histeria.

Pun begitu, seorang lagi wanita memberanikan diri mendekati mangsa dan membantu meleraikan lilitan ular itu dengan menggunakan kain putih.

Dia menjadi panik setelah melihat keadaan lelaki itu dan berlari ke arah jalan raya untuk meminta pertolongan.

Akhirnya lilitan tersebut berjaya dilepaskan setelah ada seorang lelaki datang menyelamatkannya.

Mangsa yang rebah telah sedarkan diri malah turut membantu menangkap ular tersebut kerana bimbang jika ianya membahayakan orang lain.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen seram sejuk melihat lelaki tersebut yang langsung rebah apabila dijerut ular itu.

Netizen juga akui walaupun ular tersebut tidak berbahaya kerana tidak mempunyai bisa namun lilitannya mampu membawa maut.

Video yang tular di platform Instagram: