Pelajar Asrama Order Makanan Luar, Siap Meniarap Gara2 Takut ‘Kantoi’ Dengan Warden

Pada zaman yang semakin canggih kini, pelbagai kemudahan telah disediakan antaranya pesanan makanan atas talian seperti GrabFood, FoodPanda, DeliveryEat, Shopee Food dan banyak lagi.

Namun, bagi pelajar asrama, sudah pasti mereka perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan dan biasanya mereka yang menetap di asrama tidak dibenarkan untuk memesan makanan dari luar untuk dibawa masuk ke dalam kawasan asrama.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pelajar asrama ini yang gigih memesan makanan luar mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @khiedir_iqbal, kelihatan pelajar tersebut yang sedang meniarap di tepi tembok kawasan asrama mereka ini bagi mengambil makanan yang telah dipesan supaya tidak ‘kantoi’ dengan pihak asrama.

Dapat kita lihat dia bersungguh-sungguh menyelamatkan diri dan apa yang lebih mencuit hati adalah abang’rider’ kelihatan melayan sahaja karenah mereka ini dan menunggu di pintu belakang asrama.

Sebaik sahaja menerima makanan yang dibeli, pelajar itu kemudian berlari dengan perlahan-lahan mungkin takut wardan asrama tahu akan ‘taktik’ mereka itu.

Tidak cukup dengan itu, dapat juga kita dengar suara perakam yang tidak dapat menahan ketawa melihat lelaki tersebut yang gigih mengambil makanan daripada rider.

“#asramalife Bile kau nak makan sedap tpi taknak kantoi dengn warden” katanya di ruangan komen.

Video yang tular di laman TikTok:

@khiedir_iqbal #asramalife ♬ original sound – Ammar TaeHyung – GokuZ4s

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.2M tontonan, 180.5K tanda suka, 1153 komen dan 954 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah kedua-dua budak lelaki tersebut yang berkomplot dengan abang rider demi melunaskan’craving’nya

Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang mengakui boleh ‘relate’ dengan situasi yang mereka hadapi malah berkongsi pengalaman yang lebih kurang sam sewaktu mereka tinggal di asrama dahulu.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Abang grab pun beri kerjasama yang baik hantar pintu belakang.”

“Struggle sangat ni.”

“Nasib dapat abang grab yang masyuk air. Abang grab pun gigih membuat penghantarannya.”


“Baguslah rider faham.”