Connect with us

Viral

Budak Perempuan Gelak Sorang2, Rupanya Ada ‘Kawan’ Bikin Ramai Meremang

Nak dibandingkan dengan orang yang lebih berusia, orang kita kata budak-budak kecik lebih senang untuk ‘nampak’ makhluk seram. Betul ke?

Tak pasti mengapa dikatakan sebegitu tapi korang pernah tak nampak budak kecik tiba-tiba je gelak sorang-sorang? Kalau pernah mesti seram kan?

Sama keadaannya seperti video seram yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok ini. Video dikongsinya ternyata semakin lama semakin mendapat perhatian ramai.

Bukan sahaja dapat menarik perhatian peminat content-content seram, malah ianya dapat menguji keberanian seseorang!

Video tersebut memaparkan seorang lelaki terlihat budak perempuan ketawa di dalam biliknya.

Oleh kerana hairan dan ingin tahu, lelaki tersebut bertindak untuk masuk ke bilik budak perempuan dipanggil Amy itu.

Pada mulanya Amy disangkakan ketawa keseorangan. Namun pada saat keenam video tersebut muncul seorang lagi kanak-kanak perempuan yang bermain dengannya!

Apabila lelaki tersebut datang mendekati Amy, bayang-bayang makhluk yang menyerupai manusia tadi hilang sekelip mata membuatkan lelaki tadi bertambah cuak!

Yang lebih menakutkan, Amy yang ceria ketawa tiba-tiba kaku dan senyap. Malah dia menundukkan pandangan dengan rambutnya yang panjang terurai.

Nafas lelaki tersebut semakin lama semakin laju dek kerana takut dengan situasi yang berlaku.

Namun setakat ini masih tiada jawapan sahih untuk kejadian tersebut sama ada hanya lakonan untuk content semata-mata mahupun kejadian sebenar.

Walaupun baru sahaja dikongsi dua hari yang lepas, video yang dimuat naik Propaganda ini tular dengan meraih tontonan sebanyak 60 juta dan 2.9 juta tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@tik00100tok🥶😱😰♬ الصوت الأصلي – Propaganda

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh warganet yang datangnya dari seluruh pelosok dunia! Rata-ratanya terkedu selepas melihat bayang kanak-kanak perempuan itu sehingga meremang bulu roma mereka dibuatnya!

Antara komen-komen yang diberikan warganet di TikTok

“woi itu ada anak kecil didepannya 😳”

“ttap sorok kt komen walaupun kul 9😂”


“i saw a girl but when he comes closer it disappeared”

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)