Pekerja AirAsia Buat Ramai Terhibur, Angkat Kotak Roti Gardenia Sampai Usap-usap Perut

Hari ini genap lapan hari umat Islam di kebanyakan negara berpuasa dan mengharungi bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Bagi orang Islam, bekerja ketika bulan puasa memang agak mencabar kerana tidak boleh makan atau minum jika penat. Tambahan pula buat mereka yang kerja outdoor.

Semalam, tular seorang ramp agent di sebuah syarikat penerbangan terkenal Malaysia, AirAsia menjadi auto lapar ketika membuat kerja mengalihkan barang.

Situasi mencuit hati itu sempat dirakam dan dimuat naik sendiri oleh Tony Fernandes iaitu Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia!

Dalam video yang dikongsi, dua orang lelaki dilihat melakukan kerja-kerja mengangkat barang secara berpasangan.

Namun apa yang menarik perhatian orang ramai adalah lelaki yang berdiri di sebelah kiri video.

Mereka berdua dilihat ditugaskan mengalih kotak-kotak roti Gardenia yang banyak.

Mungkin kerana bulan puasa, kelaparan dan tak boleh makan, lelaki tersebut merenung kotak roti itu sambil mengusap-usap perutnya.

Bukan itu sahaja, malah dia sempat mencium-cium bau kotak itu. Mungkin bau roti kegemaran ramai itu bertambah harum baunya pada bulan puasa.

Walau bagaimanapun, tak lama kemudian dia dan rakannya meneruskan kerja seperti biasa.

Di ruangan kapsyen pula, Tony sempat meminta pendapat orang ramai di manakah agaknya patut dia bawa ramp agent itu pergi berbuka.

“Mana nak bawa dia berbuka puasa? Sebarang cadangan untuk roti terbaik di Malaysia?”

Walaupun tempoh video itu belum sampai 24 jam, ianya tular dengan meraih tontonan sebanyak hampir sejuta dan 60.5 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@tonyfernandesairasia Reply to @mattzcreation where should I bring him for buka puasa? Any suggestions for best roti in Malaysia? #airasiaramp #airasiarampagent #airasiacargoagent #TipsRamadan ♬ Dj Marhaban Ya Ramadhan Viral – Ratu Dugem

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai cadangan tempat yang diberikan oleh netizen. Namun tak kurang juga yang berseloroh agar ramp agent tadi dibawa berbuka ke kilang roti!

Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan oleh netizen di TikTok

“tlg belikan dia kilang roti terus yincik”

“Just book him and his family an iftar. He will be happy for that. He is a good worker”


“Shangri la please Sir 🥰”

“hahahahha untunglah bang. bwk dia buka dkt kilang roti gardenia sir 😂”

“yes please bawak pi makan kerja banyak guna tenaga sian dia hahahahaa”

“tanya dia nak makan apa, bawa family dia sekali🥺”