Connect with us

Viral

Jemaah Sibuk Solat Tarawih, Pemuda Tiba-tiba Muncul Tepi Lorong “Terawih Di Bulan”

Sudah seminggu umat Islam berpuasa. Seperti yang kita tahu, ibadah solat tarawih merupakan ibadah yang paling ditunggu-ditunggu oleh semua muslimin dan muslimat.

Ya lah, solat tarawih hanya boleh ditunaikan pada bulan ramadan sahaja. Tiada di bulan-bulan biasa yang lain.

Beberapa hari lepas, tular di Indonesia ketika umat Islam sedang sibuk mengimarahkan ramadan dengan bertarawih, muncul pula seorang pemuda aneh di tepi lorong.

Kejadian yang terjadi di Indonesia ini sempat dirakam oleh @andirafhlyy_ dan dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Menerusi video yang dikongsi, pemuda yang berada dalam keadaan kusut masai itu kelihatan melakukan sesuatu yang kurang enak dipandang oleh orang ramai di situ.

Rupa-rupanya lelaki tersebut sedang asyik menghidu gam kerana di tangannya ada plastik dan plastik itu tadi asyik dirapatkan ke hidungnya.

Meskipun dalam keadaan khayal, dia dilihat tidak menganggu orang lain walaupun dirinya dipandang oleh jemaah di situ.

Video yang tular di laman TikTok

@andirafhlyy_♬ Angel Baby – zoe

Sejak video tersebut dikongsi, ianya tular dengan mengumpul jumlah tontonan sebanyak 2.5 juta dan 251.5 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai. Ada yang tertawa dan berseloroh namun tak kurang juga yang memberikan kata-kata semangat kepada lelaki tersebut.

Ada juga yang berharap dan berdoa agar lelaki itu tadi diberikan kekuatan untuk berubah pada arah kebaikan pada suatu hari nanti.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“haha”

“Sedih sbnrnya. Dkt satu sudut ada insan yg trcicir”

“doakan dia dan kita semua Allah pilih ♥️”


“diam memerhati bergerak menghidu kesyahduan”

“tarwih di bulan”

“sesungguhnya,beliau amat rindukn kebaikkan”

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)