Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah Cari Tetamu Hadir Kenduri Kahwin Fatin & Azlan

Di Pulau Pinang, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Prai Tengah sedang mengesan kesemua tetamu yang hadir di sebuah majlis akad nikah di Bukit Indera Muda di Seberang Prai baru-baru ini. Menerusi laporan Penang Kini, difahamkan ada segelintir tetamu tidak scan QR Code MySejahtera semasa menghadiri majlis tersebut. Berdasarkan laporan, tuan rumah telah menyediakan QR Code MySejahtera buat [...]

Di Pulau Pinang, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Prai Tengah sedang mengesan kesemua tetamu yang hadir di sebuah majlis akad nikah di Bukit Indera Muda di Seberang Prai baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Penang Kini, difahamkan ada segelintir tetamu tidak scan QR Code MySejahtera semasa menghadiri majlis tersebut.

Berdasarkan laporan, tuan rumah telah menyediakan QR Code MySejahtera buat tetamu yang datang ke majlis tersebut. Namun begitu, masih terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dan gagal mematuhi SOP. Mereka dipercayai tidak scan MySejahtera.

“Mohon sebarkan kepada jiran dan keluarga.

“Tuan rumah telah sediakan QR Code Mysejahtera, tetapi mungkin ada yg tidak buat scanning.

“Salah seorang tetamu kenduri tersebut telah dimasukkan ke hospital positif covid-19.”

Rentetan daripada itu, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Prai Tengah telah mengeluarkan notis di mana semua tetamu yang telah menghadiri majlis tersebut perlu menghubungi bilik gerakan PKD SPT.

Hal ini kerana dipercayai salah seorang tetamu yang hadir telah didapati positif Covid-19.

Rata-rata netizen risau dengan perkara tersebut dan menggesa agar pemantauan di majlis keraian diperketatkan.