“Demi rezeki buat keluarga,” Baru Berusia 10 Tahun, Amat Kerah Tenaga Kerja di Pasar

Ketika kanak-kanak seusianya sibuk di sekolah, tidak bagi seorang budak lelaki dikenali sebagai Amat yang ‘mempelajari’ pelbagai ilmu melalui pengalaman. Budak berusia 10 tahun itu tidak membuang masa dalam kehidupan, sebaliknya berusaha keras mencari rezeki dengan menawarkan perkhidmatan mengangkat barang di Pasar Lahad Datu, Sabah. Kisah budak tersebut dikongsi seorang pengguna laman Facebook, Edlee Al-Aswad [...]

Di saat kanak-kanak seusianya menikmati di sekolah, tidak bagi seorang budak lelaki dikenali sebagai Amat yang mempelajari pelbagai ilmu melalui pengalaman.

Baru berusia 10 tahun, Amat tidak membuang masa dalam kehidupan, sebaliknya berusaha keras mencari rezeki dengan menawarkan perkhidmatan mengangkat barang di Pasar Lahad Datu, Sabah.

Kisah yang menyentuh hati ini dikongsi seorang pengguna laman Facebook, Edlee Al-Aswad Black dengan memuat naik tiga gambar Amat yang sedang bekerja di pasar berkenaan.

Selain memudahkan urusan pengunjung pasar berkenaan, Amat tidak menetapkan kadar bayaran sebaliknya hanya terserah kepada ihsan pelanggan yang menentukan.

AKU BUDAK PASAR

“Namaku Amat. Aku berusia 10 tahun. Tidak bersekolah tapi aku belajar melalui pengalaman. Seawal usiaku, aku sudah memerah keringat mencari rezeki yang halal buat diri dan keluargaku.

“Di hari minggu ini, sewaktu kanak-kanak lain yang seusia denganku berlibur dengan keluarga masing-masing, aku pula kesana kemari menawarkan perkhidmatan mengangkat barang di Pasar Lahad Datu.

“Dengan beban yang dibawa aku tidak pernah mengeluh. Aku cuma berpeluh.

“Aku tidak menetapkan kadar bayaran, terserah pada ihsan pelanggan, mereka yang menentukan. Aku hanya memudahkan urusan mereka dan berharap Allah memudahkan urusanku pula. Aku redha dan pasrah, yang penting aku tidak melakukan kerja salah.

“Perjalanan hidup ku tampak kabur dan kelam. Namun selagi aku mampu dan terdaya, aku tidak akan berhenti berusaha dan memasang impian. Rezeki itu milik Tuhan dan DIA tidak pernah mengabaikan mereka yang tekun, gigih dan sabar.

“Inilah secebis kisah Aku Budak Pasar. Semoga kita sama-sama mendapat hikmah, pengajaran dan iktibar. InshaAllah…”

Perkongsian tersebut menerima ratusan perkongsian dan tanda suka selain komen warganet yang kagum dengan semangat Amat dalam membantu keluarganya.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa AMta dan mendoakannya agar terus tabah menghadapi kehidupan.