Jesse Pinkman Buat Comeback Dalam Filem ‘Breaking Bad’?

Setelah lima tahun, drama bersiri terbaik di dunia, Breaking Bad akhirnya akan membuat sekuel sebagai sebuah filem.

Aaron Paul yang membawa watak pembantu Heisenberg, Jesse Pinkman akan menjadi teraju utama bagi filem Breaking Bad ini.

Pencipta siri drama Breaking Bad, Vince Gilligan dikatakan sedang menulis dan akan bertanggungjawab untuk menerbitkan filem ini.

Jika anda masih ingat, di dalam episod terakhir Breaking Bad, Jesse ditangkap dan dipaksa untuk membuat dadah methamphetamine berwarna biru yang menjadi trademark Heisenberg.

Walaubagaimanapun, Walter White menjadi hero menyelamatkan Jesse dengan menggunakan machine-gun yang dikawal menggunakan remote control.

Di akhir episod, Jesse dilihat berjaya menyelamatkan diri tetapi tidak dapat dipastikan bagaimana keadaannya. Filem Breaking Bad nanti dijangka akan memberi konklusi terhadap apa yang berlaku kepada Jesse.

Vince Gilligan sebelum ini telah membuat siri drama prekuel Breaking Bad iaitu Better Call Saul. Siri drama ini diterajui oleh Saul Goodman, peguam Walter White di dalam Breaking Bad.

Adakah anda rasa filem Breaking Bad nanti mampu memberi kepuasan yang sama seperti siri drama?