Pasangan Suami Isteri Kantoi Busuk Dengan Anak, Kata Pergi Klinik Rupa-rupanya…

Bagi pasangan berumah tangga yang sudah mempunyai cahaya mata, untuk keluar dating berdua bukanlah seperti awal-awal perkahwinan lagi.

Iospital phone repair gombak

Kalau dating sekali pun, mesti kena bawa anak. Ya lah, kanak-kanak yang sedang membesar ni perlukan banyak perhatian dan masa. Jadi tak hairanlah kalau pasangan berkahwin tak ada masa nak ber-dating kan?

Baru-baru ini, tular satu video oleh pengguna TikTok, @sara_liya91 di mana si cilik wanita ini merajuk selepas melihat mukanya dan suami terpampang di skrin televisyen!

Menurut Sara, dia dan suaminya ingin menonton Sepahtu Reunion Live namun cuba untuk mengelak daripada anaknya dengan memberitahu kanak-kanak perempuan itu mereka ingin ke klinik untuk melakukan pemeriksaan.

Bagaimanapun, akhirnya tembelang pecah juga setelah muka mereka berdua dirakam oleh cameraman yang bertugas di set sitkom komedi tersebut.

Difahamkan, sebaik pulang sahaja dari program itu, si anak terus merajuk dan buat-buat tanya ke mana mereka pergi. Walhal dia sudah tau jawapannya.

Jumlah tontonan video yang dimuat naik di TikTok ini telah berjaya mencecah sehingga 1.3 juta serta mendapat 67.5 ribu tanda suka!

Apabila meninjau ke ruangan komen, wargamaya terhibur melihat reaksi muka anak wanita ini yang sedar dirinya telah ‘digula-gulakan’. Malah, netizen berseloroh agar persiapkan hadiah sebagai tanda maaf kerana telah menipu kanak-kanak perempuan itu.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh wargamaya di TikTok

“kantoi dalam siaran langsung plak tu 😅 aduh lagi parah ni 😂😂😂”

“standby la nnti kena ungkit dengan anak tu 😭”


“Bagi peluang mak pak p dating”

“lepas nih apa2 alasan kakak mesti xcaya😁😁.”

“muka dh geram sgt tu sis sblm blik mmg kna belikn hadiah dlu ni 😂”

Video yang tular di laman TikTok

@sara_liya91 sampai harini anak merajuk 😂😂😂 mati2 ingat mak pak dia pi klinik.. klu xkantoi dlm tv tuh, kami 2 masih tidak nampak bersalah 😂 #sepahtureunionlivetour2022 #fyp #fypage ♬ suara asli – sayur asem – BILYCHAMPING