Isteri Buat Prank Jadi Hantu Pakai Telekung, Reaksi Suami Pula Jadi Tumpuan Netizen

Hidup berpasangan ni kalau serius sangat pun tak boleh juga kan? Mesti kena ada selitkan gurau-gurau sikit supaya rumah tangga tu lebih bahagia dan ceria.

Iospital phone repair gombak

Sebenarnya dah banyak kali kita nampak di media sosial para isteri mahupun suami buat prank dekat pasangan tersayang dengan niat ingin menakutkan-nakutkan.

Persis seperti yang dilakukan isteri ini di mana dia cuba menakut-nakutkan suaminya, membuatkan netizen berdekah ketawa!

Wanita bernama Sumai ini memakai telekung serba putih, menyolek wajahnya dengan bedak putih dan membuat lingkaran hitam pada matanya, kononnya sudah bertukar menjadi hantu.

Bagaimanapun, reaksi terperanjat suaminya yang baru sahaja pulang dari futsal menggelikan hati Sumai, secara tidak langsung ketawa terbahak-bahak.

Mana tidaknya, sebaik saja suaminya membuka lampu bilik mereka, dia pantas menutup pintu dan berlari ketakutan selepas melihat ‘lembaga’ yang juga isterinya.

Setakat artikel ini ditulis, jumlah tontonan video yang tular di TikTok ini telah mencecah 688.5 ribu manakala meraih sebanyak 55 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur melihat reaksi suami Sumai yang cepat-cepat tutup pintu akibat ketakutan. Malah, mereka turut perasan lampu di bilik tidur mereka juga seolah-olah tahu memainkan peranan untuk menimbulkan lagi suasana seram.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Lampu kelip2 is a paid actor”

“aduhaii laki bini ni HAHAHAHA comel je 🤣😭”


“😂😂😂 selmt yg buka suami, kalau yg buka pintu tu hntu juga naya😂😂”

“laju betul tutup pintu hahahaha”

“HAHAHAHAHA comel je dia lari”

“macam2 la idea kau kak 😭”

Video yang tular di laman TikTok

@queeeeeeeeeeensumai___ hahaha kesian suami aku ada bini otak separuh mcmni 😭🤣 #fyp #prank #horror ♬ original sound – rahsiakitekite

@queeeeeeeeeeensumai___ Replying to @Kiela ♬ original sound – rahsiakitekite